Pages

Tuesday, September 13, 2011

Pernah Jumpa Hantu Kat Hospital?

Korang pernah tak naik lift..??

Bukan lift kat shopping mall tu..

Bukan..Bukan lift yang kat pejabat tu..

Alaa..Takkan tak pernah naik lift kat hospital??


Tak pernah????

Pernah pernahkan la yerk..

Kalau dah pernah baru ada feel nak baca kisah yang akan aku ceritakan ni..

Kehkehkehekeh..

Aku nak ceritakan kat korang tentang satu kisah lift yang terjadi kat salah satu hospital di sabah..Tak payah la cakap hospital yang mana satu kan..hehehe...privacy..

Kisah dia macam ni.

Pada suatu malam..sewaktu pesakit-pesakit di hospital sedang tidur dengan nyenyaknya..

Seorang jururawat terpaksa berjalan seorang diri untuk mengambil bekalan darah yang diperlukan untuk seorang pesakit yang memerlukan.

Secara kebetulan lift yang dia nak guna tu tiba-tiba terbuka 

kalau tak tadi memang dia nak naik tangga jer..

Di dalam lift tersebut ada seorang pesakit dan seorang sister (ketua kepada jururawat) yang on call..

Dalam diam dia memerhatikan keadaan pesakit yang berdiri kat depan dia..sister tu plak berdiri betul-betul kat sebelah jururawat tadi..

Jururawat tu terkejut bila melihat tag nama yang dipakai di tangan pesakit tersebut adalah tag berwarna kelabu(kalau tak salah ingat saya la)..huhuhu..

Bukan apa..tag nama berwarna kelabu hanya dipakaikan pada orang-orang yang menghuni 

RUMAH MAYAT..

Tiba-tiba badan dia merasa seram sejuk..

Bulu roma tiba-tiba berdiri dengan sendiri..

Muka pun seakan-akan sudah pucat lesi..

Peluh2 dingin pun dah mula keluar..

Oleh kerana lift masih berjalan..dia hanya mendiamkan diri berdiri di belakang pesakit tadi..

Apa yg membuatkan dia berasa lega adalah pesakit tu tak memberi apa-apa reaksi yang lebih horror  kat dia..

Tambahan pula sister tadi ada bersama-sama dia kat dalam lift tu..

Maknanya dia tidak berseorangan..

Jururawat tersebut menarik nafas dengan lebih lega lagi apabila lift tersebut berhenti dan pesakit tadi keluar tanpa ada apa2 adegan seram berlaku..

Pintu lift tertutup..

Lift bergerak lagi..

Setelah keadaan berasa lebih selamat..

Jururawat tadi terus mendekati sister dan berkata...

"sister,sister perasan tak tag nama yang di pakai oleh pesakit tadi tu?"

Sister menjawab..

"kenapa dengan tag nama dia?"

Jururawat tadi dengan perasaan yang masih berdebar-debar apabila teringatkan hal tadi menjawab..

"Tag nama dia warna kelabu sister..sister tak perasan ke?"

Sister pun menjawab lagi dengan slambernya..

"tag nama kelabu..??Yang sama macam tag nama yang saya pakai ni ke?"

Dengan selambanya sister tadi menunjukkan tag nama yang dipakai dipergelangan tangannya...

Huhuhuhuhuu...

Korang tau apa yang berlaku selepas tu?

Hehehehe..

Kompom la jururawat tu pengsan dalam lift tu..

Ada staff lain yang jumpa dia pengsan kat dalam lift..

Huhuhuhu..

Sebenarnya..

sister tadi tu dah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya..

Mayatnya telah dibawa ke rumah mayat di hospital tempat dia bekerja..

Dan telah selamat dikebumikan pon..

Sister ni.. kalau dia on call dia memang selalu merayau-rayau kat hospital..

Biasa la..Dia kan kena round wad-wad..

Tapi tak tau la kenapa roh dia masih merayau-rayau waktu tu..

Ni cuma kisah yang aku dengar daripada staff-staff yang bekerja kat situ..

Tapi tak tau la sejauh mana kesahihannya..

Saje jer nak citekan kisah ni kat korang...

Saje nak kongsi-kongsi..

Hehehehe..

Lepas ni leh la amek feeling naik lift kat hospital k..

Malam-malam tau...

Heeeeeeeeeeeeeee....

Selamat Mencuba!!

No comments:

Teman Bagaikan Keluarga