Pages

Tuesday, October 4, 2011

Ending Ketika Cinta Bertasbih

Salam..
Wahhh..Dah lama rasanya tak buat entry baru..
Kali ni azah nak bercerita pasal kisah drama yang paling azah minati..sangat2 minati..
Hehehe..
Tak sangka la semalam aku sempat tengok ending citer Ketika Cinta bertasbih (special Ramadhan)..

Best sangat2 la ending dia..
Jarang aku dapat tengok citer yang aku minat dapat ending yang memang sangat memuaskan hati..
Memang tak rugi aku mengikuti citer ni sejak dulu lagi..
Lagi2 dapat tengok ending yang macam tu..
Semuanya berakhir dengan kebahagiaan dan senyuman..
Sedangkan konflik yang ada dalam citer ni buatkan aku tak sangka ending dia secantik macam tu..
Kalau aku la yang jadi pembuat citer ni,
Aku rasa kompom aku sendiri blurr nak buat ending dia macam mana..
Best la citer ni..
Kalau korang sukakan cerita berunsurkan keagamaan..
Korang pasti akan berpuas hati punyalah kalau tengok citer ni..
Unsur keagamaan dia memang kuat..
Perbatasan antara pelakon lelaki dan perempuan pun amat ketara walaupun berlakon sebagai suami isteri..
Ayat2 yang digunakan juga sangat lembut dan penuh sopan santun serta tinggi nilai bahasanya..
Sampai korang rasa nak catatkan ayat2 tu kat dalam buku nota..ahahaha..
Betul..Tak tipu.. :)

Setiap watak yang diberikan dapat dibawa dengan sangat baik dan sangat berkesan..
Boleh buatkan korang teringat selalu akan kesempurnaan pembawaan watak diorang..terutama watak Ustaz Azzam dan Ustazah Anna..

Mana taknya..
Watak2 utama semuanya dipilih setelah menjalani uji bakat yang dihadiri oleh ramai calon yang sangat hebat dan mantap..
Memang padan la kalau pelakon2 yang berlakon dalam cerita ni memang orang yang hebat2 walaupun tak pernah berlakon pun sebelum ni..

Sekarang tak sabar la nak tengok Ketika Cinta Bertasbih (Meraih Redha Ilahi) plak..

Kalau tak salah hari ni start..
Tengok intro jer dah rasa best..
Rasa cam perfect sangat jer citer ni bila azah puji macam tu sangat kan???
Hehehe..
Kalau tak percaya bleh la tengok sendiri..
Citer tu sekarang ni ditayangkan kat channel 142 (astro-Indo Pek)
citer dia start pukul 5.40pm sampai 6.40pm..
Setiap saat citer ni memang best..
Tak sempat nak rasa boring..

Sebenarnya dulu ingatkan tak nak laggan channel Indo Pek..
Sajer jer nak tengok Indo Pek masa tengah free sebulan dulu..
Tapi tak sangka plak kerana Ketika Cinta Bertasbih kami sekeluarga sepakat nak langgan channel Indo Pek ni..
Hehehe..Tu la powernya cita tu..
Try la tengok erk..

Selamat Menonton

No comments:

Teman Bagaikan Keluarga