Saturday, November 28, 2015

Teman Bagaikan Keluarga



Bila duduk berjauhan dari keluarga terutama jauh dari tanah air Malaysia tercinta teman-temanlah yang menjadi pengganti sebahagian peranan keluarga. Merekalah tempat menumpang kasih dan bahu merekalah tempat bersandar tatkala kesedihan dan kesayuan rindukan keluarga.


Masa bekerja memang sibuk memanjang,mengeluh letih. Tapi bila tiba masa rehat segalanya hilang seketika 'enjoy every little things'

Kalau ikut bukan senang nak arrange masa untuk keluar makan sama-sama sebab waktu bekerja yang serupa. Selalu jer cancel plan sebab off day pun dah macam on call. Bila-bila orang boleh panggil turun kerja.So, bila dah dapat masa yang ngam memang seronok sangat luangkan masa bersama.

Tak susah nak enjoy. Duduk rumah buat kerja gila-gila macam ni pun macam rasa pergi tengok sarkas.Hahahaha.

Sebab tu la bila tiba masa untuk berpisah hati ni terasa jugalah sayunya. Hati dah niat nak resign dari sini tahun depan. Dua tahun dah kat tanah Jeddah ni.Tak sambung kontrak dah. Bukan sebab kerja yang banyak tekanan dan tanggungjawab. Part tu dah biasa dah.Aiseh..hihi.. Tapi cukuplah merantau setakat ni jer. Keluarga tetap yang pertama. Azah pergi merantau ke sini sebab keluarga. Keluarga juga la penyebab azah tak nak teruskan.Inshaallah cukup dah apa yang ada dan apa yang azah dah buat. Lepas ni nak bagi ruang untuk fikir tentang diri sendiri pulak tanpa mengabaikan keluarga.Inshaallah, segalanya sudah ditentukan oleh-Nya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...