Pages

Saturday, October 29, 2011

Bila Lelaki Beli Pampers


Meh sini azah nak citer sikit kat para2 lelaki yang dah kawen n tak lama lagi nak ada anak..
Yang belum kawen pon bleh join dengar..
Azah ok jer..Hehehe..

Citer ni bukan nak malukan sesiapa tapi sekadar nak suruh mat2 romeo yang ada kat luar tu lebih alert dengan realiti bila tiba saat bakal jadi seorang ayah..


Macam ni citer dia..

Setiap ibu bapa yang datang melawat anak dia kat wad nursery terutama untuk kali pertama, kami akan pesan pada mereka supaya bawak pampers untuk baby diaorang..
Kat wad cuma ada napkin..cepat basah n bocor..memang kurang sesuai sangat la terutama untuk baby yang tak cukup bulan coz diorang cepat sejuk..
Ada seorang ayah ni...Azah suruh dia bawak pampers untuk anak dia  bila dia datang untuk next visit..tapi oleh kerana terlalu excited, dia terus pergi beli masa tu jugak.Tak lama lepas tu dia datang balik bawak sebuah bungkusan yang besar..pampers la tu..
Wahh..jarang mak bapak baby datang bawak bungkusan pampers yang besar.Bagusnya bapak baby ni..
Ayat tu la yang terdetik dalam hati azah waktu tu.
Bila sampai masa untuk tukar pampers anak dia,kawan azah bukak la bungkusan pampers tadi.Dia terkejut sangat bila pampers yang dikeluarkan tadi adalah pampers untuk orang dewasa..hehehe..
Besar tuuuuu...
Boleh balut baby guna pampers tu..hehehe..gurau jer..


Bila bapak baby tu datang lagi petang tu azah bagitau la tentang kesilapan dia dengan cara yang baik supaya dia tak berkecil hati..Cek2 dia plak yang ketawa besar..Azah apa lagi..Tumpang ketawa la..Ahahaha...
Lepas tu dia terus keluar n datang balik dengan bungkusan kecik iaitu pampers baby sambil tersipu2 malu..kehkehkeh..Azah senyum jer..


So,untuk bakal2 ayah kat luar tu harap2 akan jadi alert tentang hal2 remeh ni k..
Berguna untuk masa depan!!

Good Luck!!

Thursday, October 27, 2011

Doa dimakbulkan

Thanks pada kengkawan yang dah baca entry  tolong doakan yang azah post pagi tadi..
Ni la hasilnya..
Pukul 2:30pm tadi bestfriend azah tu send mesej ni ngan azah..
Da bapak ku bukak mata tek zah..tapi x lamak.. (Ni dalam bahasa sarawak)
 Bapak aku ada bukak mata tadi zah..tapi tak lama.. (bahasa ni mustahil korang tak faham..he3 )
Alhamdulillah..
Azah harap akan ada lebih banyak perkembangan positif dari ayah dia..
Malam ni sebelum start kerja azah nak pergi menziarah ayah dia dulu...
Mungkin azah tak dapat buat apa2..
Tapi sekurang-kurangnya azah nak bagi sokongan emosi pada dia..
Teruskan berdoa yer kengkawan..
Semoga Allah memakbulkan doa hambanya yang ikhlas..
Amin..
-TQ- 

Tolong Doakan


Semalam azah terima 1 mesej dari bestfriend azah..
Ayah dia masuk wad lepas pengsan pada tengahmalam sebelumnya..
Sampai sekarang belum sedar2 lagi..
Tegahari tu azah terus pergi ke hospital..
Azah dapat tau dia kena serangan stroke yang ke 2..
Masa kat hospital azah sempat jugak dengar doktor bagi penjelasan..
Doktor cakap serangan stroke yang pertama dah merosakkan sebelah otak dia..
Serangan yang ke 2 ni plak dah merosakkan sebelah lagi bahagian otak dia..
Harapan untuk sedar dari koma terlalu tipis..
Kalau dia sedar pun mungkin keseluruhan kehidupan dia akan berubah..
Secara ringkasnya doktor cakap kehidupan dia akan jadi macam baby balik..
Semua pun perlu dijaga..
Makan pakai..Berak kencing..Semua nak kena bantuan..
Semuanya kembali kepada asal..
Macam bayi yang baru lahir..

Masa dengar seluruh penjelasan yang doktor bagi pada kami..
Dada azah dah mula terasa sebak,air mata pun dah mula bergenang..
Terasa sayu dan pilu plak..
Terbayang wajah mak ayah sejenak..
Bestfriend azah lagi la..dah mengalir2 air mata..

Yang buatkan azah lebih terasa pilu bila bestfriend azah tu bagitau yang dia tak kisah sama sekali kalau perlu jaga ayah dia macam jaga baby..makan minum disuap..kencing berak  dibasuh..asalkan ayah dia sedar daripada koma..Dan kembali ke pangkuan keluarga..Dia ucapkan kata2 tu sambil mengalir air mata..

Azah betul2 rasa sebak dengar apa yang dia cakap sampaikan azah tak dapat nak jawab kata2 dia..Terlalu sebak azah rasakan..
Tentu dia rasa terkejut dengan kejadian ni..Ayah dia yang bleh dikatakan dah sihat daripada serangan stroke pertama tiba2 terkena serangan stroke yang ke2..

Setiap penyakit tak pernah bagitau bila dia nak serang..Semuanya mengejut..Di tengah2 keluarga yang sedang bergembira bahagia tiba2 diuji dengan perkara yang sebegini..
Ujian Allah akan datang bila2 masa yang dikehendaki..
Tanpa pengetahuan sesiapa..

Pada kengkawan yang baca entry azah ni tolonglah doakan kesihatan ayah bestfriend azah tu yer..
Makin ramai yang doa makin bagus..
Sebab  kita tak tahu doa siapa yang akan dimakbulkan oleh Allah s.w.t

-TQ-


Wednesday, October 19, 2011

Perempuan dan Kereta


Entah kenapa tiba2 aku rasa nak cuci kereta plak malam ni..
Sebenarnya ingatkan pagi esok baru nak basuh kereta cOz esok aku day off.
Adik aku pun nak jugak join basuh kereta,
So,makin semangat la aku dibuatnya..

Kami pergi beli wax kereta coz dah habis dah..
Then terus start cuci kereta..
Enjoy gak cuci kereta malam2..Tak panas..Berpeluh pun tak..

Masa ni adik azah tengah wax kereta

Then azah terfikir nak cuci filter aircond yang tak pernah disentuh sejak kereta ni dibeli..
Dah setahun lebih dah tu!! Huhuhu..Kalau adik azah tak bagitau yang filter tu bleh dicuci sampai bila2 pon azah tak tahu..keh3..

Ni la filter tu..


Memang kotor giler la kain lap filter ni..
Malu azah tengok..
Kalau la azah tahu awal2 yang filter ni bleh dicuci kan bagus..
Ni la masalahnya kalau empunya kereta adalah seorang perempuan...
Jarang de perempuan yang betul2 tau hal kereta ni lagi2 kat bahagian enjin tu..
Setuju tak??
Hehehe..

Thnx tu my sis for da info..

Monday, October 17, 2011

Tips Sayur Tahan Lama dan Segar.

Petang tadi azah dan mak sama-sama memasak kat dapur.
Masak mee goreng sambil sembang-sembang kosong..Untuk Orang yang kononnya selalu buzy macam aku ni, saat macam ni adalah peluang untuk bersosial dgn keluarga..

Kami gunakan sayur sawi untuk dicampur dalam mee goreng tadi..
Masa tu la mak baru teringat yang dia ada simpan sayur sawi kat dalam tupperware..
Dia terkejut tengok sayur yang dia simpan tu masih segar bugar..
Bukan apa..Selama ni kalau simpan dalam plastik or kertas surat khabar atau letak cam tu jer dalam peti ais, lepas 1 atau 2 hari dah mula layu.
Tapi kali ni tak...
Cuba tengok ni..




Masih segar tak? Segar.. 
Jadi tak payah la esok nak guna sayur, esok jugak la nak sibuk pegi beli kan...
Dah boleh beli awal- awal tak payah tunggu esok. 
Mungkin ada yang dah tau tips ni. Lagi- lagi geng tupperware.

Kepada sesiapa yang belum tau bleh la cuba yer.
Kalau ada tips menarik jangan lupa share dengan azah yer. Nak jugak tau 🤭





Gigi Geraham Bongsu

Adeh...

Dah lama azah tak merasa sakit gigi..
Mungkin sejak darjah enam dulu..Lepas dokter gigi tampal gigi azah yang berlubang masa tu...

Baru pagi tadi azah perasan de something yang tumbuh kat gusi sebelah kiri belakang sekali..
Rupa2nya gigi geraham yang bongsu nak tumbuh..
Nak kunyah pun sakit..
Dah tu rasa tak selesa plak..
Rasa macam ada benda asing jer kat dalam mulut ni yang tak dapat nak dibuang..
Rasa nak dialih2 jer..Tapi komfem la tak dapat..

Bila la nak hilang rasa macam ni...


Saturday, October 15, 2011

Belum Terbiasa


Salam kepada kawan2 yang setia membaca nukilan azah yang sangattttt memboringkan ni..
TQ coz masih sudi membuang masa untuk baca ayat2 yang sangat memeningkan kepala nih..
Hehehe..

Sejak azah dah wat kerja part time ni..
Azah perlu menjadi seorang yang hyperaktif..
Agar dapat memajukan diri dengan secepat yang mungkin..

Untuk permulaan ni badan azah belem terbiasa dengan perubahan mendadak ni..
Start semalam azah dah start selesema, sakit tekak..
Hari ni dah start pening2 kepala tahap dewa..

Mungkin sebab tak cukup rehat..
Dan mungkin sebab azah belum pandai mengatur waktu dengan sebaiknya..
Membuatkan jadual azah sedikit kelam kabut..

So,start esok azah nak atur jadual azah dengan lebih rapi dan kemas agar badan azah pun dapat bekerjasama dengan baik..

Wish Me Luck Ya!!

Friday, October 14, 2011

"Malaikat Kecil"


Sempena Hari Jumaat yang indah ini..Azah nak kongsikan sesuatu yang amat menyentuh kalbu Azah..Silalah baca..
“Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk “Jalan-jalan Syurga” dan beberapa karya Islamik yang lain.
Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun. Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata “Ayah! Saya dah bersedia” Ayahnya terkejut dan berkata “Bersedia untuk apa?”. “Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah” ”Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat” ”Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun” Ayahnya menambah “Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini” Dengan merintih anaknya merayu “Benarkan saya pergi ayah?” Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya “Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!” ”Terima kasih Ayah”
Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu. Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya. Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah “Jalan-jalan Syurga” ada pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal. Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali.
Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka. Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. “Nak, apa yang makcik boleh bantu?” Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit. “Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah”. Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi. ”Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu” dalam nada yang lembut Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya “Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu” Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. “Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya.
Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini” Air mata mulai bergenang di kelopak matanya. ”Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi”. ”Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama.
Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu” ”Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat”. “Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik” itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar”. ”Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi”.
“Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka” Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR! Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya. Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat. Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang. Panjangkanlah risalah ini.
Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara kamu!
ALLAHUAKBAR!
Wassallam

Sunday, October 9, 2011

Koleksi Gambar Budak Cute Sangat!!

Salam..Meh sini azah perkenalkan budak yang cute sangat2 n di sayangi ramai nih...

Ni la Miea..
Nur Damiea Qaleeshah..
Satu2nya anak buah azah..
Hehehe...
Cute tak??

Budak kecik ni memang banyak kerenah..
Lepas dah tak bersua setahun,perubahan yang paling ketara pada diri Miea adalah..
Dia suka senyum...
:)


Suka buat mimik muka jugak.,,


Miea pun suka main celet2 jari..hehehe..

Kesian tengok miea time dia demam2 ari tu..
Asek muntah2 jer..


Ni time kat dalam kereta bawak miea g shopping..


Ni plak kerenah dia time dia beraya kat kampung...
Main2 payung..


Tak nak mengalah betul la budak2 nih.. Hehehe...

Rindu ngn kerenah Miea..


Saturday, October 8, 2011

Keretaku Dah Tak Suci


Bestnya hari ni azah ada driver..Tak payah drive sendiri nak pegi keje..
Sebenarnya adik azah nak pakai kereta..So,dia terpaksa la hantar azah pegi keje dulu baru dia dapat guna kereta..

Balik kerja tadi pun dia yang ambik..Dok rilek2 jer la kat sebelah pemandu...Hehehe..

Hmmm..Tapi bukan part tu yang azah nak kongsikan ngan korang sebenarnya..
Meh sini azah nak cerita..

Tadi kan..
Masa kami berdua on da way balik umah, adik azah guna la jalan short cut kat kawasan perumahan..
Kat kawasan tu memang banyak la anjing2 n kucing2 yang suka nak test kelajuan dorang berlari2 lintas jalan masa ada kereta lalu lalang..
Pelik2..

Nak dijadikan cerita..
Masa tu kami berdua memang tengah rancak bercerita topik yang best..
Tetiba azah ternampak ada seekor kucing mula berlari dari tepi jalan untuk melintas jalan raya..
Laju jer dia lari berusaha nak melintas depan kereta kami..
Azah rasa heran bila tengok adik azah langsung takde respon nak perlahankan kereta ke..apa ke..
Masih gak mulut adik azah tu pok pek pok pek bercakap..
Rupa2nya dia tak nampak pun kucing tu..
Tetiba cepat jer tangan azah ni pukul bahu dia sambil jerit..
"Adik!!,kucing kat depan tu!"

Waktu tu la dia baru perasan tentang kucing tu..
Adehhhh..
Tak sempat nak elak or break..
Masa tu jugak la azah terdengar bunyi tayar kereta azah sedang memenyek kepala kucing tu..
Erk..
Bunyi macam langgar tempurung kelapa jer..
Huhuhuhu..
Rasa2nya kompom kena kepala..
Azah tak berani nak toleh belakang n tengok apa yg jadi ngan kucing tu..
Rasa2nya kompom dah jadi arwah..
Huhuhuhuhu...

Perasaan gerun n kesian kami berdua terhadap kucing yang dah jadi arwah tadi sangat2 la tebal..
Sampai kat rumah pun muka masih lagi berkerut..
Adik azah plak termual-mual macam nak muntah bila ingat peristiwa tadi tu..

Selama ni salu gak tengok kucing or anjing yang dah jadi bangkai kat jalan raya..
Kali ni tak sangka plak giliran kereta azah plak yang hilang 'kesuciannya'..
'Dia' dah jadi pembunuh..
Keretaku dah tak 'suci' lagi..
Huhuhuhu...


Kita Tak Pernah Tau Sapa Jodoh KIta

Kita tak pernah tau sapa jodoh kita..

Berkapel dah 5-6 tahun..sejak sekolah lagi..pergi masuk U yang sama plak tu.Macam2 dah di rancang.Lepas abis belajar plan2 nak bertunang dulu.Bila dah dapat keje nanti, dah beli kereta n rumah,then simpan duit banyak.. pastu bleh la kawen.. 
Tapi...
Tup tap tup tap..Break di pertengahan jalan..
Hmmmm...

Kita tak pernah tau sapa jodoh kita..

Berkenalan kat laman social network..First2 takut jugak coz dah banyak kes jenayah yang berlaku melalui social network ni..Tapi try lah dulu.Mana la tau kan.Tengok cam ok jer.Lagipun kawan dia teman sekerja saya jugak.
Tup tap tup tap lepas 2 bulan dah naik pelamin..


Kita tak pernah tau sapa jodoh kita..

Betul la kan orang cakap lelaki duda ni memang romantis.Mungkin disebabkan banyak pengalaman hidup.Dia buatkan hidup ni terasa complete sangat.Dah la pandai ambik ati.Pandai memujuk plak tu.Dah la tak pernah kedekut pun nak keluar duit.Family aku pun selesa sangat ngan dia.Bahagianya hidup ni.Kompom la aku nak jadi bini dia kalau dia melamar aku.
Tup tap tup tap... Suatu ari kena serang ngan sorang pompuan yang mengaku bini duda tadi.. semua kebahagiaan hancur lebur..
Hmmm...

Kita tak pernah tau sapa jodoh kita..

Wah..bertuah badan..rupa ada,harta ada,semua pun lengkap la..Sikap dia pun sangat gentle dengan perempuan..Terima jer la lamaran dia ni..Daripada tak kahwin.Lagipun dia anak kawan mak cik aku.Ok la kot.
Tup tap tup tap..lepas kahwin asyik2 kena pukul kena terajang..Dont judge a book by its cover..
Hmmm...

Kita tak pernah tau sapa jodoh kita..

Umur dah semakin meningkat.Berkapel pun bleh kata tak pernah.Mak ayah dah mendesak kahwin.Lagi2 suma keperluan hidup pon bleh kata dah lengkap.Cek2 hujung2 terpaksa masuk group andartu.Adeh..
Tup tap tup tap..Mak ayah diam2 dah carikkan calon.Tak sangka plak memang sesuai dengan hati ni..Kenal sangat2 plak tu.Cuma mata ni d kaburi selama ni.Maka tersergamlah istana cinta yang indah iaitu rumah tangga.. apalagi berlandaskan islam..Indahnya percintaan selepas kahwin..

Kita tak pernah tau sapa jodoh kita..

Wednesday, October 5, 2011

Senyap Sunyi

Salam..
Hari ni memang terasa sunyi sangat bagi azah..
Cuti kan..biasa la..
Lagi2 azah cuti masa adik2 azah g skolah..
Mak Ayah g keje..
Abang,kakak ipar n anak buah kesayangan azah dah lama balik kelantan.
Dua orang lagi adik azah dok asrama..
Azah? Dok umah jer la..
Huhuhu..Cuti mingguan jer pon sebenarnya.Teremosi plak aku ni. Ahahaha..

Dalam kesunyian dan kesepian ni la membuatkan azah teringat kenangan2 masa semua orang ada di rumah..
Alaa..Masa bulan puasa n hari raya hari tu..
Kan semua orang pun ada kat rumah..
Sekarang ni sume pon dah balik ke tempat sepatutnya bagi menjalankan tanggungjawab masing2.

Rindu sangat..

Kat anak beranak ni..Hehehe..



Lagi2 kat si kecik yang comey lotey ni..
Mak Ngah sangat rindukan Mya..
Muuuh!!!!


Rindu ngan kekecohan masa shopping raya..
Kalau boleh sume pon nak try..
Hehehehe..

Part paling best masa g jalan2 adalah masa makan kat luar..
Sementara tunggu makanan sampai kami sempat snap2 dulu..
Kat sebelah azah tu adik azah..


Kerenah dorang yang kat pic bawah ni pun tak lebih dan tak kurang gak..
Asek2 nak bergambar..
Azah pun lebih kurang gak sebenarnya..keh3..
Tapi masa ni azah xde..
Coz azah la jurugambarnya..
Tu la yang tak best!!

Sangat2 tak sabar nak tunggu sume orang balik lagi..
Kite sume kumpul lagi..
Meriah2 lagi..
Sunyinya rumah hari ni..


Tuesday, October 4, 2011

Ending Ketika Cinta Bertasbih

Salam..
Wahhh..Dah lama rasanya tak buat entry baru..
Kali ni azah nak bercerita pasal kisah drama yang paling azah minati..sangat2 minati..
Hehehe..
Tak sangka la semalam aku sempat tengok ending citer Ketika Cinta bertasbih (special Ramadhan)..

Best sangat2 la ending dia..
Jarang aku dapat tengok citer yang aku minat dapat ending yang memang sangat memuaskan hati..
Memang tak rugi aku mengikuti citer ni sejak dulu lagi..
Lagi2 dapat tengok ending yang macam tu..
Semuanya berakhir dengan kebahagiaan dan senyuman..
Sedangkan konflik yang ada dalam citer ni buatkan aku tak sangka ending dia secantik macam tu..
Kalau aku la yang jadi pembuat citer ni,
Aku rasa kompom aku sendiri blurr nak buat ending dia macam mana..
Best la citer ni..
Kalau korang sukakan cerita berunsurkan keagamaan..
Korang pasti akan berpuas hati punyalah kalau tengok citer ni..
Unsur keagamaan dia memang kuat..
Perbatasan antara pelakon lelaki dan perempuan pun amat ketara walaupun berlakon sebagai suami isteri..
Ayat2 yang digunakan juga sangat lembut dan penuh sopan santun serta tinggi nilai bahasanya..
Sampai korang rasa nak catatkan ayat2 tu kat dalam buku nota..ahahaha..
Betul..Tak tipu.. :)

Setiap watak yang diberikan dapat dibawa dengan sangat baik dan sangat berkesan..
Boleh buatkan korang teringat selalu akan kesempurnaan pembawaan watak diorang..terutama watak Ustaz Azzam dan Ustazah Anna..

Mana taknya..
Watak2 utama semuanya dipilih setelah menjalani uji bakat yang dihadiri oleh ramai calon yang sangat hebat dan mantap..
Memang padan la kalau pelakon2 yang berlakon dalam cerita ni memang orang yang hebat2 walaupun tak pernah berlakon pun sebelum ni..

Sekarang tak sabar la nak tengok Ketika Cinta Bertasbih (Meraih Redha Ilahi) plak..

Kalau tak salah hari ni start..
Tengok intro jer dah rasa best..
Rasa cam perfect sangat jer citer ni bila azah puji macam tu sangat kan???
Hehehe..
Kalau tak percaya bleh la tengok sendiri..
Citer tu sekarang ni ditayangkan kat channel 142 (astro-Indo Pek)
citer dia start pukul 5.40pm sampai 6.40pm..
Setiap saat citer ni memang best..
Tak sempat nak rasa boring..

Sebenarnya dulu ingatkan tak nak laggan channel Indo Pek..
Sajer jer nak tengok Indo Pek masa tengah free sebulan dulu..
Tapi tak sangka plak kerana Ketika Cinta Bertasbih kami sekeluarga sepakat nak langgan channel Indo Pek ni..
Hehehe..Tu la powernya cita tu..
Try la tengok erk..

Selamat Menonton

Teman Bagaikan Keluarga