Saturday, November 26, 2011

Oh Kedai Makan

Salam bertemu kembali di ruangan blog The True Azah is here..
Rasa cam rindu sangat ngan blog ni..

Hari ni azah nak kongsi satu hal..
Yang buatkan azah nak fikir 2-3 kali kalau nak pergi kat situ lagi..

Azah betul2 rasa kecik hati dengan pekerja2 sebuah kedai makan ni..
Balik dari kerja tadi azah n adik azah pergi la kat kedai makan ni..
Memang ramai la jugak orang kat situ..
Jadi.azah faham la bila diorang lambat sikit nak take order..
Lepas 10minit berlalu diorang masih lagi belum amek order dari kami berdua..

Then ada la sorang pekerja yang berpangkat pak cik kat aku..
Dia tanya dah ada orang amek order ke belum..
Kami berdua pun geleng kepala serentak dan jawab belum..
Dia pun berlalu pergi..

Tapi pak cik tadi tak datang2 lagi untuk amek order kami..
Azah tengok dia masih buzy dengan pelanggan lain..
Macam dah tak ingat ngan kami berdua..Huhuhu..

Then lepas 10 minit azah beranikan diri panggil pekerja lain n bagitau dia yang kami berdua belum order lagi..
Tak lama lepas tu pekerja tu pergi amek menu n bawak ke meja kami berdua..
Tengah sibuk2 azah n adik azah pilih menu tetiba jer pekerja tu pergi..
Rupa2nya dia pergi ke kaunter coz ada pelanggan nak bayar makanan..
Ok, azah tak kisah..
Kami berdua pilih la menu dulu..Bila dah pilih menu kami letak buku menu tu ke tepi dengan harapan pekerja tadi akan datang untuk menulis order kami..

Cek2 dia terus lupa dengan kami berdua..Langsung takde pekerja kat kedai tu yang pelik tengok kami berdua masih belum makan or minum..

Adik azah dah banyak kali ajak chow..
Tapi azah tak sampai hati..
Mungkin pekerja2 tu memang tak perasan pun dengan perbuatan diorang n tak berniat pun nak buat kami macam ni...
Tapi akhirnya selepas lebih setengah jam kami masih tak dilayan azah semakin hilang sabar..
Huhuhuhu...
Akhirnya azah menurutkan saja permintaan adik azah untuk chow ke kedai makan lain..
Nasib baik kedai makan yang satu lagi ni dapat mengubat luka dihati kami berdua..
Semuanya perfect..From top to toe..Perfect!! :P

Azah nak bagi 1 jer tips kat kedai makan bleh tak?Tips untuk mengekalkan bilangan pelanggan..
Hehehe..
Sekurang-kurangnya bagi la 1st impression yang baik agar pelanggan tak lari lepas datang untuk pertama kali..Ok tak??

-TQ-


Saturday, November 19, 2011

BILA ADA KAWAN BARU

Assalammualaikum kengkawan blogger..
Lama dah azah tak update blog..
Sori..perkara ini memang tidak disengajakan..
Kalau nak diikutkan berblogging ni pun satu aktiviti yang azah suka sangat..
Sekarang azah dah ada ramai kawan baru..
Membuatkan azah mengenali aktiviti-aktiviti baru..
Yang sememangnya sangat best!!
Yang pasti aktiviti tu bukan sekadar enjoy yer..
Jadi masa luang n lapang azah banyak digunakan untuk aktiviti luar yang berfaedah dan memberi manfaat pada azah..
Erkk,,jangan salah faham..berblogging pon berfaedah per..banyak pengetahuan dan pengalaman yang kita dapat kongsi bersama..yer tak para blogger sekalian??Hehehe..
Mesti la yer..
Bukan nak cakap kawan lama tak best..Kawan lama memang tak dapat diragui tahap kebestannya..
Tapi bila kita mewujudkan kawan baru..Skop pemikiran kita akan jadi lebih meluas..Banyak yang dapat dipelajari dari orang sekeliling..Yang pasti memang ada benda baru la yang dapat dipelajari..
Jangan belajar perkara-perkara yang negatif yer..
Yang baik tu kita boleh amek dan serapkan dalam diri..
Yang tak baik tu pandai-pandai la tapiskan yer..Tolak tepi jer..
Selamat berblogging..Jumpa lagi di masa akan datang dalam dunia blogger!!

Take k..

Wednesday, November 9, 2011

Meriahnya Segmen 11.11.11




Azah jOin segmen plak..
Jom sama2 jOin!!

 
Ni la rasanya post terbaik yang azah nak kongsikan :::: Entry Terbaik Azah kat sini
Rajin2kan diri klik kat situ k..
TQ so much.. :)

Keep On Smiling

Tuesday, November 8, 2011

Ketika Cinta Bertasbih 2

Assalammualaikum w.t.b
Sebelum ni azah ada kongsikan pendapat azah berkaitan dengan sinetron indonesia Ketika Cinta Bertasbih (Special Ramadhan) dalam entry ni..

Sekarang Azah nak bagi pendapat azah tentang Ketika Cinta Bertasbih (Meraih Ridho Ilahi) plak..




Ada jugak beberapa episod yang azah terlepas tengok disebabkan azah bekerja shift yang tidak menentu ni tapi sekurang2nya azah tak jauh ketinggalan..lagi2 ada episod ulangan pada waktu malam dan hujung minggu..

Ok lah..tak nak la buang tenaga korang baca ayat2 basi azah tu..hehehe..
Akhirnya berakhir juga sinetron KCB (Meraih Ridho Ilahi)..
Dalam sinetron KCB yang lepas kisahnya lebih tertumpu kepada pasangan suami isteri Ustaz Azam dan Ustazah Anna..
Kali ni kisahnya lebih tertumpu kepada Ustaz Ilyas dan Husna iaitu adik kepada Ustaz Azam..





Kisah kali ni pun tak kurang hebatnya..Lebih banyak konflik yang mencabar wujud dan pastinya dapat ditangani dengan sangat baik..
Dalam kisah kali ini Husna diduga oleh Allah dengan penyakit jantung di saat dia sudah hampir menjalani kehidupan sebagai isteri kepada Ustaz Ilyas..Husna menjalani dugaan yang lebih berat apabila doktor yang merawatnya iaitu Dr.Fajar (Wingky Wiryawan) dalam diam2 jatuh cinta padanya dan tidak dapat menerima hakikat apabila diberitahu bahawa Husna akan berkahwin dengan Ustaz Ilyas.Dr Fajar mula mengambil kesempatan diatas kelemahan Husna iaitu adiknya Sarah yang sedang dirawat dihospital. Konflik lebih menjadi2 bila wujudnya tunang Doktor Fajar iaitu Astrid (Rini Yulianti)







Nak tau ending dia?
Azah just nak bagitau ending dia memang cantik..Kebahagian dapat dikecapi oleh semua orang..Tiada yang berduka..dan pastinya ending dia membuatkan korang puas hati..Cuma kali ni seperti ada sedikit kelam kabut..Azah rasa episod ending dia dapat dilanjutkan ke 1 lagi episod..Coz macam terlalu mengejut.Duration untuk satu2 babak pada episod ending macam pendek sangat..Kalau duration dia lebih panjang dan dilanjutkan ke 1 lagi episod mungkin ending dia akan menjadi lebih mantap..

Tapi tu just pendapat azah sebagai penonton..
Rasa2nya kehidupan rutin family azah akan sedikit hambar sedikit coz cerita tu dah habis..Kalau tak setiap petang family kami akan berkumpul untuk sama2 menonton cerita ni..

Sinetron KCB yang lepas dah ada kesinambungan..Sinetron KCB kali ni ada kesinambungan tak yer...

Hmmmmm...


Saturday, November 5, 2011

Terima Kasih Coz Tak Lupa Saya


Hari ni tadi masa tengah kerja  di wad ada seorang attendant datang untuk hantar barang yang telah dipinjam dari wad kami..
Oleh kerana rakan azah yang incas part tu terlalu la buzy,so azah menawarkan diri untuk mensettlekan hal loan barang wad kami tu..
Tengah2 azah sibuk carik form loan barang wad tu tetiba attendant tadi tanya azah..

"kak azah,akak pernah sekolah kat matang dulu erk?"

Azah sedikit terkejut dengan soalan yang mengejut tu lagi2 bila dengar nama sekolah lama azah disebut..
Azah terus tengok muka dia dengan teliti sambil tersenyum dan menjawab..

"Kenapa?pernah sekolah kat situ ke dulu?"

KOmpom la dia jawab pernah tapi masalahnya azah langsung tak ingat siapa dia..Agaknya dia perasaan yang azah seakan-akan lupa perihal dia..so dia pun menawarkan diri untuk memberitahu siapa dia sebenarnya..
Rupa-rupanya dia junior azah..masa azah form 5 dia form 1..Dia cakap dah beberapa kali dia cuba tegur azah tapi tak berani..

Untuk mengcover malu azah coz tak kenal dia.. azah cakap la macam ni bila tengok name tag dia..

"Ohhh...rasa-rasanya akak ingat..lagi-lagi bila tengok gambar awak bertudung kat name tag tu.Rupa awak tak bertudung n bertudung ada lain sikit" azah bagitau cam tu sambil tersenyum ramah..

Hehehehehe..

Tak sangka plak dia ingat dengan azah..Jauh beza umur plak tu..Terasa tua la plak.. Huhuhu..

Terima kasih coz tak lupakan saya!! :)


Thursday, November 3, 2011

Saya Di Tag


First of all, TQ Wan cOz dah tag azah kat sini.. Really enjOy iT!!! :)..Azah nak kongsi keenjoyan azah ni ngan korang2 leh tak??hehehe...Jom!! Ni la rules dia..

RULES 

1.You must post these rules

2.Each person must post 11 things about themselves in their journal


3.Answer the question the tagger set for you in their post. And create new 11 question for the people you tagged to answer.


4.You have to choose 11 people to tag and link them on the post


5.Go to their page and tell them you have tagged him/her


6.No stuff in the tagging section about " YOU ARE TAGGED IF YOU ARE READING THIS" YOU


7.LEGITIMATELY (a.k.a REALLY, TRUST WITH ALL HONESTY) have tagged 11 people.



Ni la karya agung yang azah dapat hasilkan..ahahaha...

About Azah

Nama: azah jer la..
Umo: 24 tahun..kehkehkeh...dah tua tuuuu...
tarikh laher: 2 Julai..sO,jgn lupa sediakan hadiah t k..
anak ke 2 daripada 6 adik beradik..
status:masih bujang..huhuhu..
pekerjaan:jururawat..
teringin sangat nak belajar bahasa mandarin..
warna feveret: hijau pon bleh..putih pon bleh gak..
hobi: ngadap laptop ngan dengar lagu..
air kegemaran: tea c peng special..sodap tuuuu...
sukan:netball la yg paling best..futsal,basketball n badminton pon bleh..p kurang la.. :P




Ni soalan yang wan suruh azah jawab..so,azah jawab ler dengan seikhlas hati.. :)



1.Ape name zoo yg korg penah pergi?
Tak ingat la pe nama zoo tu..tyme tu azah masih kecik g..

2. Ape tmpat yg paling jauh prnah d lawati?
sandakan sabah..tu pun sebab azah blajar kat sana..kalau tak memang tak merasa la nak jejakkan kaki ke sabah..

3. Penah pergi pulau x?
Tak pernah..tengok jerrr..hehe..

4. Makanan laut yang diminati?
pe ar?sume pon azah hentam..ahahaha..

5. Banyak2 haiwan, haiwan ape yg korang paling suke?
tentunya kucing..dorang cute sesangat..lagi2 anak kucing.. :)

6. Penah couple x?
Lau cakap tak pernah kompom wan cakap azah tipu..hehehe..

7. Asal mane?
hmmm..susah nak cakap..azah lahir kat kedah..tapi mak ayah orang sarawak..kira orang sarawak la kan..hehehehe..

8. Adik-bradik brape org?
6 orang...riuh rumah kalau sume berkumpul..best!

9. Yg sulung, abg ke kakak?
abang..hehehe..

10. lebih suke naik motor ke naik kereta?
dah lama tak naik motor sampaikan dah lupa cara bawak motor..so,azah suka naik kereta..rasa lebih selamat..

11. Perasaan mase bace entry nie?
seronok gak..tak sangka ada orang nak tagged azah lam entry dia..TQ wan.. :)

Ni la 11 orang yang azah nak tag!!hehehe...


Seronok jawab soalan2 yang wan bagi.
Tapi bila azah plak yang kena buat soalan tetiba plak rasa blur..hehehe..
Macam mana2 pun azah kena gak buat soalan tu kan..
So,muncul la soalan2 pelik yang macam ni..


1)Bahasa asing apa yang awak nak sangat belajar?

2)Apa drama kegemaran awak sekarang ni?

3)Kalau gaji awak ada extra pe yang awak wat ngan duit tu?

4)Kalau pegi dating sapa yang bayar makan?

5)Selalu tido petang tak?kenapa?

6)Kalau awak ada kereta n kereta tu kotor..awak basuh sendiri ke hantar kat car wash?

7)Apa aktiviti keluarga kalau cuti sekolah?

8)Apa lagu kegemaran awak?bleh tak bagi tajuk lagu n penyanyi dia..1 english song,1 malay song.. :)

9)Artis kegemaran awak siapa?kalau awak lelaki,sila beri nama artis perempuan k..dan sebaliknya.. 

10)Kalau ada masalah peribadi,siapa yang awak carik untuk meluahkan perasaan?

11)Suka tak bila awak ditipu kononnya untuk kebaikan awak sendiri?





Plizz jawab soalan di atas..Azah nak sangat tau apa jawapan awak2 sume.. :P ... Kalau tak nak pun takpe..Azah ok jer.. Sangat memahami la konon..ahahhaa..

Selamat mencuba yer!!!

Tuesday, November 1, 2011

Pelanggan Terlampau

Biasanya lepas mak balik dari warung dia memang ada jer citer best n kurang best yang dikongsikan ngan azah..
Azah pun sama gak..suka nak meluah ngan mak..
Tapi kali ni azah nak kongsikan apa yang mak azah kongsikan ngan azah tadi..

Pagi tadi semasa di warung, ada sepasang suami isteri berhajat nak makan nasik kerabu berlauk yang mak azah buat..
Oleh kerana lauk ikan goreng yang isteri dia mahukan dah habis, mereka berdua terus beralih ke warung yang berhadapan warung mak azah..
Diorang pesan mee jawa..

Tak lama kemudian isteri lelaki tadi datang ke warung mak azah balik dengan muka masam semacam..
Nak tau dia cakap apa?
Azah tak ingat sangat ayat dia dengan betul tapi lebih kurang macam ni la dia cakap..

"Saya nak order nasik lemak rendang daging..mee jawa tu memang tak dapat di makan.."dengan suara yang lantang seakan2 sedang marah..memang marah punnnn..

Mak azah menurut apa yang di order..tapi dalam hati mak azah bimbang jugak kalau2 masakan mak azah tak sesuai dengan citarasa dia..cerewet sangat la..

Masa mak azah hantar nasik lemak kat dia mak azah sajer2 la cakap cam ni sambil tersenyum..

"Dik,kalau tak nak makan mee jawa tu bungkus jer la bawak balik.."mak azah sekadar beri pandangan daripada makanan tu dibazairkan macam tu jer..Yang peliknya suami dia makan habis plak mee jawa yang diorang sama2 order tu..Hmmm..

Nak tau apa dia jawab?Lebih kurang macam ni la..

"Memang tak dapat dimakan,buat apa nak bungkus"Mak azah terdiam bila dengar jawapan yang diiringi denga wajah yang masam dan suara yang tinggi tu..Suami perempuan tu macam malu2 jer bila tengok perangai isteri dia macam tu..Dia hanya terdiam..

Rupa2nya penjual mee jawa tadi terdengar sedikit sebanyak perbualan mak dan perempuan tadi.. Penjual mee jawa tu ingatkan perempuan tu marah sangat sebab ada lipas ke..apa ke kat dalam makanan tu..Sebab reaksi perempuan tu terlampau sangat..

Mak azah rasa lega bila nasik lemak yang perempuan tu order tadi habis di makan..Takut jugak kalau2 dia marah2 lagi depan orang ramai..

Pelanggan ni memang sedikit agak terlampau la..
Macam mana2 pun rasa masakan tu apa salahnya dia tegur dengan cara yang baik dan bersopan..
Setiap orang ada maruahnya tersendiri..Apa salah tolong jaga maruah orang tu..
Apa perasan dia kalau dia yang dibuat macam tu????

Renung2kan..
Muhasabah diri selalu.. :)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...