Pages

Thursday, June 7, 2012

Retreat Paling Best

Salam sejahtera kepada para pembaca sekalian.

Kali ni azah nak update pasal salah satu aktiviti yang membuatkan bulan Mei menjadi begitu menarik bagi azah..
Azah telah dihantar ke Kem Bina Negara di Sampadi Lundu ataupun lebih dikenali sabagai Retreat!!
Perasaan seronok menyelubungi diri bila dapat tahu azah merupakan salah seorang daripada 4 orang staff yang akan dihantar ke sana.Sekurang-kurangnya tak la azah rasa janggal sangat bila berhadapan dengan orang yang tak dikenali..
Malangnya sesampainya kami di sana kami telah dibahagikan kepada kumpulan yang berasingan. Kumpulan azah terdiri daripada 14 orang ahli kumpulan dan sememangnya mereka semua belum pernah azah kenal walaupun bekerja di bawah satu bumbung yang sama iaitu Hospital Umum Sarawak.
Tapi setelah melakukan tugasan kumpulan yang pertama azah dapat rasakan kumpulan yang azah sertai atau lebih dikenali sebagai kumpulan kelabu merupakan kumpulan yang sangat happening!! Kumpulan kami terdiri daripada 13 orang peserta wanita dan seorang sahaja peserta lelaki..

Ni la bendera kumpulan kami.. Lucu betul..hehehe.. Tapi comel..hahaha...

 
Ahahaha..Bendera kumpulan kami memang agak kebudak-budakan.. Entah apa agaknya yang dah memenuhi otak kami masa tu.. Yang peliknya bendera kami tu langsung tak ada nama kumpulan kami.. Lepas wat perbentangan kumpulan baru kami perasan..hahaha...

Diorang sangat la sporting dan tak membosankan.. Ini la kelebihannya bila kita diberi peluang untuk mengenali orang baru. Maka berkembanglah jumlah kawan-kawan yang azah miliki. Bukan di facebook jer kita boleh dapat ramai kawan baru ok..heeee...

 
Tema retreat kali ini adalah Pecah Relung.Tema ini bertujuan untuk memecahkan segala apa yang ada dan terpendam dalam diri kami serta lebih mendisiplinkan kami dalam kehidupan seharian. Tu la maksud yang azah faham berdasarkan penerangan daripada jurulatih yang terlibat.

Banyak aktiviti yang dijalankan dan semuanya seronok-seronok..
Rasa macam kembali ke zaman kanak-kanak plak..

Senaman aerobik jam 6.30 pagi

Suprise birthday party




Projek Lost Island
 Banyak lagi aktiviti best lain macam jungle tracking, belalang belatuk, susun puzzle, sketsa dan lain-lain..
Tapi tak sempat nak snap gambar sebab seronok sangat nak main..hehehe...
Masa 3 hari 2 malam tu macam sekejap jer..Kalau disambung sampai seminggu pun azah rela..ahahaha..

Tapi tahap kepenatan memang terasa bila dah sampai kat rumah..
Kaki jadi lenguh-lenguh..
Ditambah lagi dengan sunburn akibat bermain di pantai..

Berkenalan dengan pantai Samatan
Yang bestnya kumpulan kami yang agak kebudak-budakkan ni dianugerahkan dengan 3 anugerah iaitu..
Tempat ke 3 daripada 8 kumpulan..
salah satu ahli kumpulan kami telah mendapat anugerah peserta wanita terbaik..
dan yang paling best adalah..
 kami telah dianugerah penganugerahan kumpulan paling sporting!!!

Best kan!! Hehehe..Mesti ramai yg agak kekok bila terpaksa bekerjasama dengan orang baru terutama dalam kursus-kursus macam ni. Tapi kalau korang jumpa orang yg 'click' confirm jadi happening dan korang akan berterima kasih untuk salah satu moment yg menarik macam ni. Lucky me dapat group yang ada kerjasama yg baik dan produktif.. Harap korang akan dapat pengalaman yg sama atau lebih menarik dari ni untuk Kursus Retreat korang. 😇✌️
Sekian..




Teman Bagaikan Keluarga