Pages

Friday, December 28, 2012

Nasi Lemak Hari Jumaat



Salam Jumaat buat pembaca blog sekalian..

Hari ni azah nak kongsikan 'barakah' hari Jumaat dgn korang..

Mak dapat tempahan 30 bungkus nasi lemak berlaukkan ayam goreng pagi semalam..



Nak tahu harga dia?Rm4.00 jer..hihi.. Nak rasa?Boleh..hihi..Bagi yang behampiran dengan Warong 2000 di daerah Kota Samarahan Sarawak bolehlah datang untuk bersarapan pagi..Dah rasa sekali?pasti nak lagi..hihi..





Try it..You will believe it.. ^_^



Thursday, June 7, 2012

Retreat Paling Best

Salam sejahtera kepada para pembaca sekalian.

Kali ni azah nak update pasal salah satu aktiviti yang membuatkan bulan Mei menjadi begitu menarik bagi azah..
Azah telah dihantar ke Kem Bina Negara di Sampadi Lundu ataupun lebih dikenali sabagai Retreat!!
Perasaan seronok menyelubungi diri bila dapat tahu azah merupakan salah seorang daripada 4 orang staff yang akan dihantar ke sana.Sekurang-kurangnya tak la azah rasa janggal sangat bila berhadapan dengan orang yang tak dikenali..
Malangnya sesampainya kami di sana kami telah dibahagikan kepada kumpulan yang berasingan. Kumpulan azah terdiri daripada 14 orang ahli kumpulan dan sememangnya mereka semua belum pernah azah kenal walaupun bekerja di bawah satu bumbung yang sama iaitu Hospital Umum Sarawak.
Tapi setelah melakukan tugasan kumpulan yang pertama azah dapat rasakan kumpulan yang azah sertai atau lebih dikenali sebagai kumpulan kelabu merupakan kumpulan yang sangat happening!! Kumpulan kami terdiri daripada 13 orang peserta wanita dan seorang sahaja peserta lelaki..

Ni la bendera kumpulan kami.. Lucu betul..hehehe.. Tapi comel..hahaha...

 
Ahahaha..Bendera kumpulan kami memang agak kebudak-budakan.. Entah apa agaknya yang dah memenuhi otak kami masa tu.. Yang peliknya bendera kami tu langsung tak ada nama kumpulan kami.. Lepas wat perbentangan kumpulan baru kami perasan..hahaha...

Diorang sangat la sporting dan tak membosankan.. Ini la kelebihannya bila kita diberi peluang untuk mengenali orang baru. Maka berkembanglah jumlah kawan-kawan yang azah miliki. Bukan di facebook jer kita boleh dapat ramai kawan baru ok..heeee...

 
Tema retreat kali ini adalah Pecah Relung.Tema ini bertujuan untuk memecahkan segala apa yang ada dan terpendam dalam diri kami serta lebih mendisiplinkan kami dalam kehidupan seharian. Tu la maksud yang azah faham berdasarkan penerangan daripada jurulatih yang terlibat.

Banyak aktiviti yang dijalankan dan semuanya seronok-seronok..
Rasa macam kembali ke zaman kanak-kanak plak..

Senaman aerobik jam 6.30 pagi

Suprise birthday party




Projek Lost Island
 Banyak lagi aktiviti best lain macam jungle tracking, belalang belatuk, susun puzzle, sketsa dan lain-lain..
Tapi tak sempat nak snap gambar sebab seronok sangat nak main..hehehe...
Masa 3 hari 2 malam tu macam sekejap jer..Kalau disambung sampai seminggu pun azah rela..ahahaha..

Tapi tahap kepenatan memang terasa bila dah sampai kat rumah..
Kaki jadi lenguh-lenguh..
Ditambah lagi dengan sunburn akibat bermain di pantai..

Berkenalan dengan pantai Samatan
Yang bestnya kumpulan kami yang agak kebudak-budakkan ni dianugerahkan dengan 3 anugerah iaitu..
Tempat ke 3 daripada 8 kumpulan..
salah satu ahli kumpulan kami telah mendapat anugerah peserta wanita terbaik..
dan yang paling best adalah..
 kami telah dianugerah penganugerahan kumpulan paling sporting!!!

Best kan!! Hehehe..Mesti ramai yg agak kekok bila terpaksa bekerjasama dengan orang baru terutama dalam kursus-kursus macam ni. Tapi kalau korang jumpa orang yg 'click' confirm jadi happening dan korang akan berterima kasih untuk salah satu moment yg menarik macam ni. Lucky me dapat group yang ada kerjasama yg baik dan produktif.. Harap korang akan dapat pengalaman yg sama atau lebih menarik dari ni untuk Kursus Retreat korang. 😇✌️
Sekian..




Friday, May 18, 2012

Tabahnya Hati Seorang Ibu Ini

Tabahnya hati seorang ibu ini..

Apabila pada usia kandungannya telah mencecah 6 bulan seorang doktor telah mengesahkan kecatatan pada bahagian otak anaknya yang boleh mengakibatkan kematian segera setelah bayi tersebut dilahirkan..

Tabahnya hati seorang ibu ini..

Apabila doktor menyuruhnya membuat pilihan samada mahu meneruskan kandungannya atau pun 'dihentikan' setakat itu..

Tabahnya hati seorang ibu ini..

Apabila dia menetapkan hati ingin meneruskan kandungannya walaupun masa kelahiran bayi yang masih berbaki 3 bulan memerlukan kekuatan hati yang sangat tinggi untuk menempuhinya,,

Tabahnya hati seorang ibu ini..

Apabila kelahiran bayi yang seharusnya disambut dengan penuh kegembiraan disambut dengan wajah yang pasrah dengan ketentuan-Nya..

Tabahnya hati seorang ibu ini..

Apabila mengetahui anaknya yang telah dikandungkan selama 9 bulan itu telah pergi selamanya setelah berusia sehari..

Tabahnya hati seorang ibu ini..

Apabila seorang doktor bertanyakan kenapa dia nekad mahu meneruskan kandungannya sedangkan dia tahu apa yang akan terjadi..

Tabahnya hati seorang ibu ini..

Apabila dengan hati yang penuh sebak, perlahan dan tenang dia menjawab "saya hanya ingin dia merasakan kehidupan di dunia ini walaupun hanya sekejap"




Thursday, May 3, 2012

Nurse takut Suntikan


Selamat malam kawan-kawan.. Nak share sikit nih...

Semalam kan..semua staff hospital di arahkan untuk pergi mendapatkan suntikan vaksin untuk measles (campak). Kalau ikut hati memang azah tak nak pergi. Tapi oleh kerana suntikan tu wajib di terima oleh semua staff yang tak ada sebarang halangan contohnya macam alergik telur ke.. jadi azah terpaksa pergi juga.Itu pun setelah amaran di keluarkan oleh pihak atasan pagi tadi.Hehehe..

Bukan apa azah tak nak disuntik. Sakit tu..Hehehe..

Walaupun sebagai seorang jururawat salah satu tugasan kami adalah menyuntik pesakit..siap bagitau pesakit yang suntikan tu tak menyakitkan sangat dan sakitnya hanya rasa sekejap jer.Memang betul pun semua tu kan. Tapi yang menjadikan azah takut disuntik bukan apa. Jarum tu haa.. Azah tau jarum dia kecil jer pon.. Tapi tajam..ahahaha.. Kalau untuk dicucuk kat bahagian badan kita ni..adohh.. Tak dapat nak dibayangkan dengan kata-kata..

Siap azah tanya dengan kawan azah "Kalau alergik suntikan boleh tak kalau tak disuntik?"

Ahahaha..lucu..Jururawat pon takut dengan suntikan kan..

Jururawat pon manusia la der.Boleh rasa sakit.hehe..

Tapi jangan la dengan kata-kata azah ni korang terus takut nak dapatkan suntikan sekiranya perlu ok..

Wednesday, February 15, 2012

Nasi Lemak Terunik


Peminat-peminat tegar nasi lemak mesti dah teruja bila dengar wujudnya nasi lemak unik..
Kan kan kannnnnnn.....Hehehehe..

Nak tau macam mana rupa dia..dan kenapa nasi lemak tu dikatakan unik????
Jom kita terjahhh!!!!

Ni la dia..
Jeng Jeng Jeng

Cara membungkus yang unik


Ni la isi-isi yang terkandung di dalamnya..




Yang bestnya nasi-nasi lemak ni terjamin masih panas apabila sampai ke tangan pelanggan..


Sebenarnya ada cerita di sebalik terciptanya nasi lemak yang unik ni..Bungkusan jer pun yang unik kan..
Ahahahahaha...

One day secara tiba-tiba adik azah yang tinggal di sekolah berasrama telah menelefon azah..
Dia suruh bagi tau mak suruh bungkus nasi lemak banyak2 untuk dijual di sekolah sebab banyak permintaan dikalangan pelajar-pelajar sekolah dia..

Malangnya pada waktu tu pembungkus nasi lemak dah habis..So,dengan kreativiti sendiri mak pun memberi idea yang sememangnya terlaksana dengan baiknya..
Ahahahahaha...

Apa-apa pun..nasik lemak yang unik tu dah pun terjual dengan cepat dan pantas..Alhamdulillah..


Teman Bagaikan Keluarga