Wednesday, September 28, 2011

Jadilah seorang lelaki yang berbuat baik sehingga diingini oleh wanita



Salah 1 dialog dalam sinetron Ketika Cinta Bertasbih

"Janganlah jadi seorang lelaki yang berbuat baik kerana menginginkan wanita.."
"..Sebaliknya jadilah seorang lelaki yang berbuat baik sehingga diingini oleh wanita"


Jom tengok citer yang best sangat2 ni..

Banyak tauladan yang boleh diperolehi..


Selamat Menonton..


Tuesday, September 27, 2011

Wanita makin Terancam

SALAM

Nak citer 1 hal ngan korang..

Tadi kan..tyme tengah sibuk2 keje..Tetiba telefon wad berbunyi..
Oleh kerana aku orang yang paling dekat dengan telefon jadi aku la yang angkat..
Suara org laki..ingatkan doktor ke sapa ke..
Bila dia tanya ni siapa..Secara officialnya aku bagitau la nama aku..Lagipun soalan tu memang biasa di tanya oleh si  penelefon..
Tiba2 dia tanya macam mana nak kirim barang kat wad aku..Jadi,dengan berfikiran positif aku ingatkan si penelefon tu bapa baby yang nak hantar pampers or susu ibu untuk anak dia.
Rupa2nya barang yang  dia nak hantar tu adalah tudung.
Pastu dia suruh plak aku pergi kat rumah dia untuk ambik tudung tu.
Aku mula berasa pelik.

Bila ditanya siapa dia sebenarnya, dia cakap dia dari bank ******. Dia dan kakak dia baru jer datang dari KL dan berniat nak sedekah tudung pada aku dan mak aku.
Aku pun terfikir.. Takkan la nak sedekah pun perlu carik orang sampai ke hospital...Orang kiri kanan kan ramai...Sedekah jer la..

Bila aku suarakan isi fikiran aku tadi dia seperti mencari2 alasan dan sengaja mengubah topik.
Dia masih lagi paksa aku bagi alamat hospital supaya dia dapat kirim melalui post laju..
Bila aku fikir2 lagi..bagus aku bagi jer la alamat hospital..Semua orang pun tahu alamat hospital..Bukan rahsia pun..

Aku pun suruh la dia tulis alamat yang aku akan bagi..
Tetiba plak dia cakap dia takde pen la..takde kertas la..Dah tu apahal pandai2 nak mintak kalau nak tulis pun tak dapat..
Hati aku dah semakin panas..

Dia mula mintak nombor telefon aku..dia nak aku mesej dia alamat hospital..
Huh..takde la aku mudah sangat nak bagi nombor telefon aku kat orang yang aku tak kenal pun..

Oleh kerana aku berkeras tak nak bagi nombor telefon. Dia suruh aku tulis nombor telefon dia..
Aku pun berpura2 seakan2 aku sedang menulis nombor telefon dia..
Dia suruh aku mesej dia secepat mungkin tentang alamat hospital..

then terus aku letak telefon..

Tak sangka plak dia akan telefon sekali lagi ke wad aku..
Kali ni kawan aku plak yang angkat...
Dia bagitau ada orang laki carik aku..
Aku terus suruh kawan aku tu bagitau kat orang tu yang aku dah balik..
Takde masa aku nak melayan..
Dah la orang tengah kerja dia kacau..

Kalau betul pun apa yang orang laki tu cakap..
Takkan la sampai tahap memaksa orang untuk terima sedekah..
Pelik sangat2..

Aku tak pasti la apa niat dia yang sebenarnya..
Tapi aku nak bagi peringatan pada wanita2 kat luar tu..
Pandai2 la jaga diri korang k..
Lagi2 daripada orang yang tak dikenali..
Kerana kaum wanita sekarang dah makin terancam..




And terima kasih juga pada lelaki2 yang selalu melindungi kami..
Jasa korang amat dihargai..







Sekian..

P/S: adik aku tak jadi bawak laptop aku pegi asrama.. :)

Thursday, September 22, 2011

Kalau Binatang Ada FB


Status ni aku share dari kawan fb aku
Saje nak share ngan korang

Kalau binatang ada fb la kan..

Korang rasa apa status yang akan diorang update kat wallpost?



Cicak: Alamak, isteriku tersepit pintu!

Kucing: Anak I yang ke 5 baru jer tanya I sapa bapak dia. I tak tau nak jawab apa. I pun lupa sapa bapak dia.

Nyamuk: Baru lepas ronda rumah ajoi.Kenyang Ooi..Alhamdulillah..

Ayam: Kawan2, kalau aku tak update status esok maknanya aku dah d goreng.Love u all.Jangan lupa buat kenduri arwah k.





SMILE

Tuesday, September 20, 2011

Untungnya aku sebagai.....

Salam..

Entry kali ni aku nak kongsi tentang betapa untungnya adik aku yang sorang ni..


Bukannya apa aku cakap dia untung..
Baru petang tadi dia kol aku dari sekolah asrama dia..
Dia cakap esok dia ngan kengkawan dia nak pegi buat passport..
Bila aku tanya kenapa..
Jawapan dia sangat simple..
"Kami nak pergi Australia"

Wah wah wah..

Melawan betul adik aku yang sorang ni..

Hanya berbekalkan bakat dia sebagai pemain basketball..


Dia dah pegi merantau jauh..
Aku terasa tercabar..
Tapi tak dapat nak buat apa pun..
Ahahaha..

Tahun lepas pun dia dah pegi bertanding kat beberapa buah negeri di semenanjung..
Sekarang nak pegi Australia plak..
Ish ish ish ish ish..
Aku jealous ke ni???

Ahahaha..

Memang patut jealous pon..
Sebab geng netball aku tak pernah pun sampai tahap macam tu.. :P

Diorang punya team basketball sampai masuk news eh..


de lagi dorang masuk news lain tapi aku malas nak g bergoogle hal tu..
Hehehe..

nak tau info lebih hal tu? klik kat sini

Tapi aku kira untung jugak la kan..
Dapat mintak souvenir dari dia nanti..
Aku nak fikir la apa benda yang aku nak dari dia..
Hehehehe..

Itu la untungnya jadi kakak dia..


Monday, September 19, 2011

Menabung 30sen sejak 1950

Salam

Awal2 pagi kalau aku pergi kerja aku suka pasang Radio Hot Fm..
Coz masa tu banyak info yang best2 dan menarik..

Pagi tadi Am Krew Hot Fm bagi aku 1 info yang membuatkan aku rasa kagum..

Ada sorang pak cik ni..Mail Ibrahim,77 tahun bekerja sebagai seorang kelasi..
Dia ni dah mula mengumpul RM0.30sen sejak dari tahun 1950 dengan niat untuk menunaikan fardhu haji pada suatu hari nanti..

Maknanya dia dah mengumpul duit tersebut selama 61 tahun..

Alhamdulillah berkat usaha dan doa dia tahun ni Insha Allah dia akan pergi menunaikan haji..

Betol2 kagum..jOm follow dia!!







Sunday, September 18, 2011

KENAPA LA PEREMPUAN SUSAH SANGAT..

Kat Entry kali ni saya nak kongsikan pendapat peribadi saya berkaitan dengan 

KENAPA LA ADA PEREMPUAN YANGSUSAH SANGAT NAK MEMULAKAN SESEBUAH HUBUNGAN BARU




FOBIA
Rasa2nya ni adalah sebab utama kebanyakan perempuan sukar untuk memulakan sebuah hubungan baru.Hubungan yang terdahulu banyak mengukir parut di hati mereka.

KURANG KEYAKINAN

Ada perempuan sukar memulakan sesebuah hubungan apabila dia kurang yakin bahawa hubungan tersebut akan sampai ke tahap yang diinginkan.Terutama perempuan2 yang sememangnya serius dalam menjalinkan sesebuah hubungan.

TIDAK MAHU MEMBAZIR MASA

Mereka tidak mahu membazirkan masa untuk hubungan yang sudah dapat di tafsirkan sebagai hubungan sementara. Maksudnya tak nampak masa depan dan yang banyak risiko untuk dikategorikan sebagai hubungan sementara.

BUKAN PILIHAN ORANG TUA

Biasa la.Setiap orang tua memang selalunya tanpa disedari dah pun memberikan ciri-ciri yang diinginkan untuk dijadikan menantu kepada anak2 mereka.Secara tak langsung juga perkara ni dah memberi effect kepada diorang agar membuka peluang untuk memulakan sesebuah hubungan hanya pada orang yang berkriteria seperti yang di ingini oleh ibu bapa.

LELAKI IDAMAN

Ramai jugak di antara diorang ni berharap sesebuah hubungan hanya akan dimulakan dengan lelaki idaman yang sememangnya menepati kehendak hati.

CINTA SEJATI

Ni la perkara yang hanya terjadi 1 dalam 1000.Dia berharap hanya cinta sejati iaitu cinta pertama adalah cinta selamanya.Tidak mahu memulakan sesuatu hubungan sekiranya dia dapat merasakan bahawa cinta itu bukan cinta sejatinya.






Kereta Sport Buatan Malaysia.Hebat ke?

Kalau cakap2 hal kereta SPORT..
Kita semua mesti cakap hal kereta2 BUATAN LUAR NEGARA kan..?

Korang tau tak??

Sebenarnya PROTON dah mengeluarkan seSET kereta2 hebat yang di ilhamkan dari PAHLAWAN2 MELAYU terdahulu iaitu





1)HANG TUAH












2)HANG JEBAT










3)HANG LEKIR









4)HANG LEKIU










5)HANG KASTURI







Apa pendapat korang sekarang?
HEBAT TAK 'PAHLAWAN2'  NI?


BERAPA AGAKNYA HARGA KERETA2 NI ERK.HEHEHE..



Friday, September 16, 2011

"Engkau Bila Lagi?"

"Engkau Bila Lagi?"
Soalan yang sememangnya sering ku dengar..
Lagi-lagi setelah umur menigkat tua..
Tua sangat ke aku ni?Huhuhuhu..
Mak ayah sampai ingatkan aku sampai lupa dengan masa depan sendiri..
Kononnya aku ni tak risau pun dengan semua tu..
Mustahil lah!!
Takkan la aku tak risau..
Risau ni..
Tapi takkan la kerana hal tu aku nak bermuram durja..
Huhuhuhuhuhuhuhuhuhuhu...


Jodoh..
Dengar macam mudah jer..
Tapi perkara ni bukan mudah bagi aku..



Awal pagi semalam kira-kira pukul 4 pagi aku menerima 1 kes dari bilik bersalin. Ada seorang baby yang terus ditolak masuk ke Neonatal Intensive Care Unit(NICU) untuk mendapatkan bantuan pernafasan dengan segera. Aku yang ditugaskan di kaunter pendaftaran pada waktu itu terkejut apabila mendapati nama pada baby card tersebut adalah nama kawan sekolah aku sendiri (Kat wad nursery sume baby pakai nama mak dia cth: Infant of Azah). Inilah pertama kali aku menerima kes berkaitan dengan kawan aku sendiri. Aku beritahu rakan sekerja aku bahawa baby tersebut adalah anak kawan aku sendiri. Tahu tak apa ayat pertama yang diucapkan oleh rakan sekerja aku tu?Tak lain da tak bukan....

:"Engkau Bila Lagi?"

-Im speachless-

Allah ta’ala sudah berfirman bahawa ketika mana kita berusia 6 bulan di dalam rahim ibu kita sudah ditetapkan kepada kita 3 perkara yakni persoalan ajal maut,rezeki dan akhir sekali jodoh

Walau macam mana sekalipun, aku percaya..Ketetapan Allah S.W.T adalah yang terbaik..


Thursday, September 15, 2011

Gambar Raya Kesukaan

Salam..
Korang setuju tak kalau aku cakap raya kat kampung memang best la!!!!
Hehehehe..
Setuju la tu..
Tahun lepas aku raya kat kuching jer..bukan kampung..
Tahun ni aku dapat day off tyme raya pertama jer..
Tu la tak banyak gambar raya..
Salah 1 collection gambar raya yang aku suka tahun ni adalah..


pic ni la..hehehe..
Depan rumah kampung yang sememangnya masih mempunyai ciri2 yang cukup menenangkan..
Dapat rasakannya??
Hehehehe..

Non Stop At All

Salam..


Malam tadi memang buzy giler la kerja malam..
Baby tak jemu-jemu masuk wad nursery..
Letih giler..
Non stop kerja sampai pagi..
Keadaan jadi lebih kelam kabut bila ada baby yang hobinya menangis..
Ahahaha..
Nasib dorang sume cute2..
Nak tension pun tak jadi..
Bila drive balik rumah pagi tadi ase cam heng2 jer..
Alhamdulillah sampai gak kat rumah dgn selamatnya..
Hehehehe..

Tuesday, September 13, 2011

Kunyah-kunyah Ais-->>Tak Bagus Tu..

Nape erk de sesetengah orang suka sangat kunyah-kunyah ais..??



Aku yang mendengar korang kunyah-kunyah ais ni plak rasa nyilu sangat-sangat..

Berkerut-kerut muka aku dengar..

Adik bongsu aku pun memang ketagih giler ar part kunyah-kunyah ais ni..

Pantang tengok ais..Kat umah pun kena sentiasa ada ais kat dalam peti sejuk..

Pelik..Pelik..

Aku de ar try carik sikit-sikit keburukan wat camtu..Aku nak motivate sikit adik kesayangan aku tu..

Ni la yang aku dapat..

1. Petanda korang kekurangan iron dalam badan..
2. Boleh menyebabkan gigi rosak..
3. Menyebabkan anemia..
4. Boleh menyebabkan kedut kat bibir -untuk perempuan (sama macam perokok)

Nak tambah sikit fakta dari orang hebat ni..

Pakar Perunding Kardiologi Pusat Perubatan Tropicana, Dr Haizal Haron Kamar
menjelaskan tiada sebarang kajian yang membuktikan amalan minum minuman sejuk boleh
membekukan makanan berminyak, memperlahankan penghadaman sekali gus menyebabkan lemak berkumpul dan menyempitkan salur darah lalu menyebabkan ----->>>>SERANGAN JANTUNG


Ada jugak orang cakap tabiat tu bleh buat orang yang mengamalkannya jadi boroi..

Ada jugak yang cakap tabiat tu tak bagus untuk tulang..coz bleh merapuhkan tulang..

Betul ke ar??

Entah la..

Kalau korang ada info lebih tentang hal ni share-share la kat sini erk..

Dapat gak aku wat sesi ceramah untuk adik aku tu nanti..

Hehehehee..

Pernah Jumpa Hantu Kat Hospital?

Korang pernah tak naik lift..??

Bukan lift kat shopping mall tu..

Bukan..Bukan lift yang kat pejabat tu..

Alaa..Takkan tak pernah naik lift kat hospital??



Tak pernah????

Pernah pernahkan la yerk..

Kalau dah pernah baru ada feel nak baca kisah yang akan aku ceritakan ni..

Kehkehkehekeh..

Aku nak ceritakan kat korang tentang satu kisah lift yang terjadi kat salah satu hospital di sabah..Tak payah la cakap hospital yang mana satu kan..hehehe...privacy..

Kisah dia macam ni.

Pada suatu malam..sewaktu pesakit-pesakit di hospital sedang tidur dengan nyenyaknya..

Seorang jururawat terpaksa berjalan seorang diri untuk mengambil bekalan darah yang diperlukan untuk seorang pesakit yang memerlukan.

Secara kebetulan lift yang dia nak guna tu tiba-tiba terbuka 

kalau tak tadi memang dia nak naik tangga jer..

Di dalam lift tersebut ada seorang pesakit dan seorang sister (ketua kepada jururawat) yang on call..

Dalam diam dia memerhatikan keadaan pesakit yang berdiri kat depan dia..sister tu plak berdiri betul-betul kat sebelah jururawat tadi..

Jururawat tu terkejut bila melihat tag nama yang dipakai di tangan pesakit tersebut adalah tag berwarna kelabu(kalau tak salah ingat saya la)..huhuhu..

Bukan apa..tag nama berwarna kelabu hanya dipakaikan pada orang-orang yang menghuni 

RUMAH MAYAT..



Tiba-tiba badan dia merasa seram sejuk..

Bulu roma tiba-tiba berdiri dengan sendiri..

Muka pun seakan-akan sudah pucat lesi..

Peluh2 dingin pun dah mula keluar..

Oleh kerana lift masih berjalan..dia hanya mendiamkan diri berdiri di belakang pesakit tadi..

Apa yg membuatkan dia berasa lega adalah pesakit tu tak memberi apa-apa reaksi yang lebih horror  kat dia..

Tambahan pula sister tadi ada bersama-sama dia kat dalam lift tu..

Maknanya dia tidak berseorangan..

Jururawat tersebut menarik nafas dengan lebih lega lagi apabila lift tersebut berhenti dan pesakit tadi keluar tanpa ada apa2 adegan seram berlaku..

Pintu lift tertutup..

Lift bergerak lagi..

Setelah keadaan berasa lebih selamat..

Jururawat tadi terus mendekati sister dan berkata...

"sister,sister perasan tak tag nama yang di pakai oleh pesakit tadi tu?"

Sister menjawab..

"kenapa dengan tag nama dia?"

Jururawat tadi dengan perasaan yang masih berdebar-debar apabila teringatkan hal tadi menjawab..

"Tag nama dia warna kelabu sister..sister tak perasan ke?"

Sister pun menjawab lagi dengan slambernya..

"tag nama kelabu..??Yang sama macam tag nama yang saya pakai ni ke?"



Dengan selambanya sister tadi menunjukkan tag nama yang dipakai dipergelangan tangannya...

Huhuhuhuhuu...

Korang tau apa yang berlaku selepas tu?

Hehehehe..

Kompom la jururawat tu pengsan dalam lift tu..

Ada staff lain yang jumpa dia pengsan kat dalam lift..

Huhuhuhu..

Sebenarnya..

sister tadi tu dah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya..

Mayatnya telah dibawa ke rumah mayat di hospital tempat dia bekerja..

Dan telah selamat dikebumikan pon..

Sister ni.. kalau dia on call dia memang selalu merayau-rayau kat hospital..

Biasa la..Dia kan kena round wad-wad..

Tapi tak tau la kenapa roh dia masih merayau-rayau waktu tu..

Ni cuma kisah yang aku dengar daripada staff-staff yang bekerja kat situ..

Tapi tak tau la sejauh mana kesahihannya..

Saje jer nak citekan kisah ni kat korang...

Saje nak kongsi-kongsi..

Hehehehe..

Lepas ni leh la amek feeling naik lift kat hospital k..

Malam-malam tau...

Heeeeeeeeeeeeeee....

Selamat Mencuba!!

Sunday, September 11, 2011

Serik Minum Nescafe

Masa student dulu aku memang seorang yang gian dengan nescafe..

Tapi sejak dah duduk ngan family ni kegianan aku dapat di kurangkan..

Coz kat umah aku ni semua orang minum teh or milo..

Jadi semangat kegianan minum nescafe akhirnya dapat dikurangkan..

Dan akhirnya.... hilang..

Pada suatu hariiii....hehehehehee..

Tadi sebenarnya..kehkehkeh..

Seorang rakan sekerja aku..Evelyn..

Dia ni memang raja nescafe and kopi..

memang bukan Evelyn la kalau tak nampak dia minum nes or kopi dalam sehari..

Oleh kerana dia dah hentam air orange jus yang aku beli sebelum pergi kerja tadi...

Makanya!!!

Dia terpaksa menghentamkan aku dengan nescafe dia..ahahaha..

2 packet 3 in 1 indocafe dia bagi ngan aku..




MMMMMMmmmmmmm...

Indocafe tu adik beradik ngan nescafe la kan??

Hehehehe..

Whatever laaaa!!

Aku apa lagi..

Hentam jer la!!!

Ahahahaha...

Best eh..lama dah tak minum indocafe...

Perggghhhh!!...

2 jam lepas tu dada aku start rasa berdebar2..

n aku tangan aku jadi tremor(tangan bergegar2-kira macam tu la maksud dia)

Menyesal la plakkkkkk!!!..

Coz sampai sekarang pon aku masih lagi tremor..

Huhuhuhu..

Tak best Tak best!!!!!

Nape leh tremor ar??

Huhuhuhu...

Serik ah nak minum nescafe lagi..huhuhuhuhu...

Serik ke????

Cam tak jerrrrrr....ahahahahaa....

Saturday, September 10, 2011

KESUNYIAN LAGI

Aku kesunyian lagi..

Rumah yang punya la meriah sepanjang bulan pose sampai la pagi tadi mengejut kesunyian..

Sunyinyer...

Abang,kakak ipar n anak buah kesayangan aku dah balik ke kelantan..

Kami sekeluarga hantar diorang kat airport tengahari tadi..


Sempat gak bagi duit raya kat anak buah aku yang cute tu..hehehe..


Alaaaa...

Rindu bayang ar ngan anak buah aku tu..huhuhu..

Kat setiap sudut umah ni cam asyik nampak muka dia jer..







Memang rindu la..

Dah la skrg ni dia dah pandai amek hati mak ngah dia ni..

Macam2 kenangan indah dah melekat dalam kepala ni..huhuhu..

Harap2 tahun depan terubat la rindu ni..

Raya tahun depan balik sarawak lagi k mya???

Hehehehe...

C U next year!!

Thursday, September 8, 2011

Lelaki Seperti Aku

Memang tak ada lelaki seseksi aku
Tapi yang lebih seksi banyak

Memang tak ada lelaki setampan aku
Tapi yang lebih tampan banyak

Maka tak perlu sedu sedan itu
Jangan sampai kau rendahkan dirimu
Memaksa aku menjadi pacarmu

Oo baby baby
Jangan kau marah sebab ku tolak
Ku tahu kau cantik
Ku percaya kau baik
Ku yakin pasti ada
Lelaki yang tertarik
Oo baby
Jangan kau dendam sebab ku enggan

Bercinta aku mahu
Tapi tidak denganmu
Ku sudah ada satu
Kekasih yang menunggu

Ceritanya aku sedang belajar setia
Makanya dari itu kamu jangan memaksa
Kerna aku memang tak suka mendua

Oo baby baby
Jangan kau marah sebab ku tolak
Ku tahu kau cantik
Ku percaya kau baik
Ku yakin pasti ada
Lelaki yang tertarik
Oo baby
Jangan kau dendam sebab ku enggan

Bercinta aku mahu
Tapi tidak denganmu
Ku sudah ada satu
Kekasih yang menunggu

Oo baby
Jangan kau marah sebab ku tolak
Ku tahu kau cantik
Ku percaya kau baik
Ku yakin pasti ada
Lelaki yang tertarik
Oo baby
Jangan kau dendam sebab ku enggan

Bercinta aku mahu
Tapi tidak denganmu
Ku sudah ada satu
Kekasih yang menunggu

Memang tak ada lelaki seperti aku
Tapi yang lebih baik banyak



Saje je letak pic fahrin ahmad..lelaki idaman malaya ni..hehe..

Dah baca lirik kat atas tadi?

Kalau dah senang la..senang nak sembang2..hehehe..

Kalau nak ditengok zaman sekarang ni memang banyak kes si anu rampas si anu..

Dan mesti ramai yang dah berpengalaman kena macam ni kan..

Harap2 lirik lagu ni akan memberi motivasi sikit kepada si anu tu..

Asalkan dia faham erti tersirat lagu ni..

Lirik ni pun sebenarnya fleksibel jugak untuk kaum lelaki..

Sebab point utama kat sini adalah..

Ramai lagi lelaki n pompuan kat dunia ni..Jadi selagi masih ada wanita atau lelaki yang masih single harap2 la kes rampas merampas ni dapat dielakkan

Lagipun bukannya best sangat nak membina kebahagiaan di atas kepedihan n kekecewaan orang lain kan..hehehe..

Saya pun nak ingat2kan diri saya sendiri jugak..

Mari kita renung-renungkan la yerk..

Semuanya bergantung kepada sikap kita sendiri..

Best ke drive guna lampu tinggi?

Best ke drive gua lampu tiggi time malam2??

Best memang best..

Tapi kena la konsider ngan orang lain jugak kan..hehehe..

Nak cakap aku ni pemandu yang berhemah tak la jugak..

Tapi aku tak la suka sangat nak mengganggu pemandu kat jalan raya yang memang betul-betul berhemah..

Bukan apa..Kalau tengah drive (lagi2 tyme malam+hujan)bengang gak kalau tetiba jer de kereta yang pasang lampu tinggi n follow terus dari belakang..



Adehh..Silaunya mata..Yang tak rabun malam pun dah bleh ada risiko nak rabun malam disebabkan oleh perangai2 orang yang hanya mementingkan diri macam diorang ni..

Ceh2..hehehe..

Yang bertambah2 hairan.. Kat highway yang penuh ngan lampu jalan pun diorang bleh pakai lampu tinggi..

Pe tak cukup tinggi dah ke lampu jalan kat highway tu?

Lampu tinggi tu memang la ada kegunaannya.Tapi gunakan pada keadaan yang betul ok..

Boleh??hehehe..

Nak tambah 1 lagi key point..

Signal pun diorang malas nak bagi..Lagi la menambah tekanan perasaan pada pemandu2 di jalan raya..huhuhu...

Entah apa agaknya yang patut di buat ngan diorang ni..

Poneng kopalo den..ahahaha..

Renung2kan dan selamat beramal!! :)

Saturday, September 3, 2011

Open House!!

Hari ni umah aku wat open house..

Walaupun hari ni aku keje pagi, semangat utk sambut tetamu yg dtg ke umah x pernah luntur..

Keh3..

Pas aku siap2 pakai baju raya..

Bermulalah kehadiran teman2 sekerja n sekolah aku dtg..

Meriah la..

3 rombongan datang berturut2..

Aku sendiri tak sempat duduk coz sibuk melayan tetamu..

Yang bestnya kawan2 aku yang datang terdiri dari pelbagai bangsa..

Bukan malay jer..

Ni la semangat 1 Malaysia..

Hehehehe..

Bila semua dah settle baru la terasa mata ni penat n letih sangat2..

Tapi semangat belum boleh dilunturkan lagi..

Sebab..

Malam ni kazen mazen aku plak yang nak bertandang...

Makin meriah la malam ni..

Lagipun lauk2 semua pon best!!

Ceh3..tak malu plak puji hidangan kami sndiri..ahahaaha..

Mana tak nya aku cakap mcm tu..

Bleh kata semua tetamu pun bertambah makan..

Hehehe..

Ada Laksa Sarawak..

Ada Nasi Impit n kuah kacang..

Dan 1 lagi lauk utama ialah Mee Hoon Goreng China..

Sodap Uuuuuu..hehehehe..

Kek Lapis pun ada gak..

Biskut2 lagi..

Hehehehe..

Jom la dtg umah..

Masih ada peluang lagi nih..

Hehehehe..

Yang penting..

Enjoy!!! :)

Thursday, September 1, 2011

Get Married 2

Hari ni baru raya ke 3..

Tapi suasana raya langsung aku tak rasa..

Coz aku keje..

Lagi2 family aku sume masih kat kampung..

Aku cuti raya sehari jer..

So,awal2 aku dah bertolak dari kampung awal2 pagi raya ke 2..

Memang boring tahap gaban ar kat rumah ni..

Nak gi raya kat umah kengkawan, masa memang tak mengizinkan..

So,pas balik keje aku mengadap tv aku yang amat dihargai..

Carik2 cite best..

De la jumpa gak..

Tajuk dia Get Married 2..


Tajuk pun dah menarik..

So,aku try tengok..

Tak sangka plak citer ni memang best giler..

Ketawa terbahak2 dibuatnya..

1st2 aku ingatkan nak tengok citer ni sekadar untuk pujuk mata ni suruh mengantuk..

Cek2 mata aku makin segar plak..

Part sedih memang sedih giler laa..

Tapi memang best la..

Buatkan aku rasa nak tengok lagi..

Dan buatkan aku rasa nak tengok part 1 citer ni..

Get Married..


Jarang2 gak aku suka tengok movie indon..

Tapi yang ni aku sendiri plak rasa nak promo kat orang lain..

Best la..

Korang tengok dulu..

Pas tu kompom cakap best!!

Hehehehe..

Try tengok erkk...

Kompom dapat hilangkan keboringan korang or penyakit murung korang..

Ahahahahaha...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...