Thursday, October 27, 2011

Tolong Doakan


Semalam azah terima 1 mesej dari bestfriend azah..
Ayah dia masuk wad lepas pengsan pada tengahmalam sebelumnya..
Sampai sekarang belum sedar2 lagi..
Tegahari tu azah terus pergi ke hospital..
Azah dapat tau dia kena serangan stroke yang ke 2..
Masa kat hospital azah sempat jugak dengar doktor bagi penjelasan..
Doktor cakap serangan stroke yang pertama dah merosakkan sebelah otak dia..
Serangan yang ke 2 ni plak dah merosakkan sebelah lagi bahagian otak dia..
Harapan untuk sedar dari koma terlalu tipis..
Kalau dia sedar pun mungkin keseluruhan kehidupan dia akan berubah..
Secara ringkasnya doktor cakap kehidupan dia akan jadi macam baby balik..
Semua pun perlu dijaga..
Makan pakai..Berak kencing..Semua nak kena bantuan..
Semuanya kembali kepada asal..
Macam bayi yang baru lahir..

Masa dengar seluruh penjelasan yang doktor bagi pada kami..
Dada azah dah mula terasa sebak,air mata pun dah mula bergenang..
Terasa sayu dan pilu plak..
Terbayang wajah mak ayah sejenak..
Bestfriend azah lagi la..dah mengalir2 air mata..

Yang buatkan azah lebih terasa pilu bila bestfriend azah tu bagitau yang dia tak kisah sama sekali kalau perlu jaga ayah dia macam jaga baby..makan minum disuap..kencing berak  dibasuh..asalkan ayah dia sedar daripada koma..Dan kembali ke pangkuan keluarga..Dia ucapkan kata2 tu sambil mengalir air mata..

Azah betul2 rasa sebak dengar apa yang dia cakap sampaikan azah tak dapat nak jawab kata2 dia..Terlalu sebak azah rasakan..
Tentu dia rasa terkejut dengan kejadian ni..Ayah dia yang bleh dikatakan dah sihat daripada serangan stroke pertama tiba2 terkena serangan stroke yang ke2..

Setiap penyakit tak pernah bagitau bila dia nak serang..Semuanya mengejut..Di tengah2 keluarga yang sedang bergembira bahagia tiba2 diuji dengan perkara yang sebegini..
Ujian Allah akan datang bila2 masa yang dikehendaki..
Tanpa pengetahuan sesiapa..

Pada kengkawan yang baca entry azah ni tolonglah doakan kesihatan ayah bestfriend azah tu yer..
Makin ramai yang doa makin bagus..
Sebab  kita tak tahu doa siapa yang akan dimakbulkan oleh Allah s.w.t

-TQ-


4 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...