Tuesday, November 1, 2011

Pelanggan Terlampau

Biasanya lepas mak balik dari warung dia memang ada jer citer best n kurang best yang dikongsikan ngan azah..
Azah pun sama gak..suka nak meluah ngan mak..
Tapi kali ni azah nak kongsikan apa yang mak azah kongsikan ngan azah tadi..

Pagi tadi semasa di warung, ada sepasang suami isteri berhajat nak makan nasik kerabu berlauk yang mak azah buat..
Oleh kerana lauk ikan goreng yang isteri dia mahukan dah habis, mereka berdua terus beralih ke warung yang berhadapan warung mak azah..
Diorang pesan mee jawa..

Tak lama kemudian isteri lelaki tadi datang ke warung mak azah balik dengan muka masam semacam..
Nak tau dia cakap apa?
Azah tak ingat sangat ayat dia dengan betul tapi lebih kurang macam ni la dia cakap..

"Saya nak order nasik lemak rendang daging..mee jawa tu memang tak dapat di makan.."dengan suara yang lantang seakan2 sedang marah..memang marah punnnn..

Mak azah menurut apa yang di order..tapi dalam hati mak azah bimbang jugak kalau2 masakan mak azah tak sesuai dengan citarasa dia..cerewet sangat la..

Masa mak azah hantar nasik lemak kat dia mak azah sajer2 la cakap cam ni sambil tersenyum..

"Dik,kalau tak nak makan mee jawa tu bungkus jer la bawak balik.."mak azah sekadar beri pandangan daripada makanan tu dibazairkan macam tu jer..Yang peliknya suami dia makan habis plak mee jawa yang diorang sama2 order tu..Hmmm..

Nak tau apa dia jawab?Lebih kurang macam ni la..

"Memang tak dapat dimakan,buat apa nak bungkus"Mak azah terdiam bila dengar jawapan yang diiringi denga wajah yang masam dan suara yang tinggi tu..Suami perempuan tu macam malu2 jer bila tengok perangai isteri dia macam tu..Dia hanya terdiam..

Rupa2nya penjual mee jawa tadi terdengar sedikit sebanyak perbualan mak dan perempuan tadi.. Penjual mee jawa tu ingatkan perempuan tu marah sangat sebab ada lipas ke..apa ke kat dalam makanan tu..Sebab reaksi perempuan tu terlampau sangat..

Mak azah rasa lega bila nasik lemak yang perempuan tu order tadi habis di makan..Takut jugak kalau2 dia marah2 lagi depan orang ramai..

Pelanggan ni memang sedikit agak terlampau la..
Macam mana2 pun rasa masakan tu apa salahnya dia tegur dengan cara yang baik dan bersopan..
Setiap orang ada maruahnya tersendiri..Apa salah tolong jaga maruah orang tu..
Apa perasan dia kalau dia yang dibuat macam tu????

Renung2kan..
Muhasabah diri selalu.. :)


4 comments:

Farhana Jafri said...

ha'ah ksian tukang jual mee jawa tu.. klau ye pun xboleh nk makan, bungkus je la.. sok lusa mna tau tringat, boleh mkan.. mmbazir je.. prngai xsmnggah lgsg.. ksian laki dy tggung malu

azah87 said...

@Farhana Jafri:- Tu la kan..pa salah bungkus..sampai hati tol cakap camtu..

Nafisah Ruslan said...

ape lah kan orang macam tu.. agak2 xlalu nak makan jangan lah ckp kuat2..

azah87 said...

@Nafisah Ruslan:-yelah kan..cam terover plak..huhu..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...