Pages

Friday, May 18, 2012

Tabahnya Hati Seorang Ibu Ini

Tabahnya hati seorang ibu ini..

Apabila pada usia kandungannya telah mencecah 6 bulan seorang doktor telah mengesahkan kecatatan pada bahagian otak anaknya yang boleh mengakibatkan kematian segera setelah bayi tersebut dilahirkan..

Tabahnya hati seorang ibu ini..

Apabila doktor menyuruhnya membuat pilihan samada mahu meneruskan kandungannya atau pun 'dihentikan' setakat itu..

Tabahnya hati seorang ibu ini..

Apabila dia menetapkan hati ingin meneruskan kandungannya walaupun masa kelahiran bayi yang masih berbaki 3 bulan memerlukan kekuatan hati yang sangat tinggi untuk menempuhinya,,

Tabahnya hati seorang ibu ini..

Apabila kelahiran bayi yang seharusnya disambut dengan penuh kegembiraan disambut dengan wajah yang pasrah dengan ketentuan-Nya..

Tabahnya hati seorang ibu ini..

Apabila mengetahui anaknya yang telah dikandungkan selama 9 bulan itu telah pergi selamanya setelah berusia sehari..

Tabahnya hati seorang ibu ini..

Apabila seorang doktor bertanyakan kenapa dia nekad mahu meneruskan kandungannya sedangkan dia tahu apa yang akan terjadi..

Tabahnya hati seorang ibu ini..

Apabila dengan hati yang penuh sebak, perlahan dan tenang dia menjawab "saya hanya ingin dia merasakan kehidupan di dunia ini walaupun hanya sekejap"




Thursday, May 3, 2012

Nurse takut Suntikan


Selamat malam kawan-kawan.. Nak share sikit nih...

Semalam kan..semua staff hospital di arahkan untuk pergi mendapatkan suntikan vaksin untuk measles (campak). Kalau ikut hati memang azah tak nak pergi. Tapi oleh kerana suntikan tu wajib di terima oleh semua staff yang tak ada sebarang halangan contohnya macam alergik telur ke.. jadi azah terpaksa pergi juga.Itu pun setelah amaran di keluarkan oleh pihak atasan pagi tadi.Hehehe..

Bukan apa azah tak nak disuntik. Sakit tu..Hehehe..

Walaupun sebagai seorang jururawat salah satu tugasan kami adalah menyuntik pesakit..siap bagitau pesakit yang suntikan tu tak menyakitkan sangat dan sakitnya hanya rasa sekejap jer.Memang betul pun semua tu kan. Tapi yang menjadikan azah takut disuntik bukan apa. Jarum tu haa.. Azah tau jarum dia kecil jer pon.. Tapi tajam..ahahaha.. Kalau untuk dicucuk kat bahagian badan kita ni..adohh.. Tak dapat nak dibayangkan dengan kata-kata..

Siap azah tanya dengan kawan azah "Kalau alergik suntikan boleh tak kalau tak disuntik?"

Ahahaha..lucu..Jururawat pon takut dengan suntikan kan..

Jururawat pon manusia la der.Boleh rasa sakit.hehe..

Tapi jangan la dengan kata-kata azah ni korang terus takut nak dapatkan suntikan sekiranya perlu ok..

Wednesday, February 15, 2012

Nasi Lemak Terunik


Peminat-peminat tegar nasi lemak mesti dah teruja bila dengar wujudnya nasi lemak unik..
Kan kan kannnnnnn.....Hehehehe..

Nak tau macam mana rupa dia..dan kenapa nasi lemak tu dikatakan unik????
Jom kita terjahhh!!!!

Ni la dia..
Jeng Jeng Jeng

Cara membungkus yang unik


Ni la isi-isi yang terkandung di dalamnya..




Yang bestnya nasi-nasi lemak ni terjamin masih panas apabila sampai ke tangan pelanggan..


Sebenarnya ada cerita di sebalik terciptanya nasi lemak yang unik ni..Bungkusan jer pun yang unik kan..
Ahahahahaha...

One day secara tiba-tiba adik azah yang tinggal di sekolah berasrama telah menelefon azah..
Dia suruh bagi tau mak suruh bungkus nasi lemak banyak2 untuk dijual di sekolah sebab banyak permintaan dikalangan pelajar-pelajar sekolah dia..

Malangnya pada waktu tu pembungkus nasi lemak dah habis..So,dengan kreativiti sendiri mak pun memberi idea yang sememangnya terlaksana dengan baiknya..
Ahahahahaha...

Apa-apa pun..nasik lemak yang unik tu dah pun terjual dengan cepat dan pantas..Alhamdulillah..


Monday, December 5, 2011

Dulu dan Sekarang


Salam buat pembaca2 blogger yang setia..
Hari ni azah nak kongsikan 1 part dalam diri azah yang azah nampak perbezaannya antara dulu dan sekarang..
Ada hati nak tahu tak?
Tak nak tahu pun tak pe...
Tapi azah tetap nak bagi tahu!!
Hehehe...

Dulu azah ni jenis anak gadis yang tak pandai nak keluar2 rumah macam kawan2 azah yang lain..
Diorang selalu jugak ajak azah keluar rumah..Tapi ada2 jer alasan yang azah berikan..
Yang pasti azah memang tak berapa minat bila part keluar2 ni..

Tapi korang tahu tak sebenarnya kenapa Azah tak rajin sangat nak keluar2 ni?
Nak tahu?Meh azah bagi tahu..

Sebenarnya azah tak minat nak keluar2 ni pun ada sebabnya...
1)Kalau keluar kompom la duit pun keluar kan?Entah,bagi azah duit tu lebih baik digunakan untuk hal2 yang lebih baik..lain la kalau memang ada hal penting yang nak dibuat..kan2..hee.. 
2)Keja azah ni tak menentu..tak banyak masa ngan keluarga..Jadi,bila ada masa terluang azah akan spend masa tu dengan keluarga tersayang..setuju tak???heee... 
3)Keja azah ni lain sikit..kalau dah start keja tu bermakna memang bekerja dari saat pertama masuk kerja sampai saat terakhir habis keja..kadang2 terpaksa balik lambat coz banyak keja lom settle..So,azah amat menghargai masa rehat yang diberikan hanya sehari seminggu tu..ok tak??heee..

Tapi sekarang ni azah selalu sangat keluar dengan kawan2..tapi bukan atas dasar nak enjoy semata2...
Azah ada kerja part tyme sekarang ni..
Kerja yang amat membuahkan hasil n enjoy..
Yang pasti kerja ni halal..dan azah suka..
Kalau keja ni setakat buang masa n buang duit kompom azah takkan join punya..
hehehe...Sekali sekala keluar ngan kawan2 untuk enjoy tu ok la..Apa salahnya kan..Hehehe...

Saturday, November 26, 2011

Oh Kedai Makan

Salam bertemu kembali di ruangan blog The True Azah is here..
Rasa cam rindu sangat ngan blog ni..

Hari ni azah nak kongsi satu hal..
Yang buatkan azah nak fikir 2-3 kali kalau nak pergi kat situ lagi..

Azah betul2 rasa kecik hati dengan pekerja2 sebuah kedai makan ni..
Balik dari kerja tadi azah n adik azah pergi la kat kedai makan ni..
Memang ramai la jugak orang kat situ..
Jadi.azah faham la bila diorang lambat sikit nak take order..
Lepas 10minit berlalu diorang masih lagi belum amek order dari kami berdua..

Then ada la sorang pekerja yang berpangkat pak cik kat aku..
Dia tanya dah ada orang amek order ke belum..
Kami berdua pun geleng kepala serentak dan jawab belum..
Dia pun berlalu pergi..

Tapi pak cik tadi tak datang2 lagi untuk amek order kami..
Azah tengok dia masih buzy dengan pelanggan lain..
Macam dah tak ingat ngan kami berdua..Huhuhu..

Then lepas 10 minit azah beranikan diri panggil pekerja lain n bagitau dia yang kami berdua belum order lagi..
Tak lama lepas tu pekerja tu pergi amek menu n bawak ke meja kami berdua..
Tengah sibuk2 azah n adik azah pilih menu tetiba jer pekerja tu pergi..
Rupa2nya dia pergi ke kaunter coz ada pelanggan nak bayar makanan..
Ok, azah tak kisah..
Kami berdua pilih la menu dulu..Bila dah pilih menu kami letak buku menu tu ke tepi dengan harapan pekerja tadi akan datang untuk menulis order kami..

Cek2 dia terus lupa dengan kami berdua..Langsung takde pekerja kat kedai tu yang pelik tengok kami berdua masih belum makan or minum..

Adik azah dah banyak kali ajak chow..
Tapi azah tak sampai hati..
Mungkin pekerja2 tu memang tak perasan pun dengan perbuatan diorang n tak berniat pun nak buat kami macam ni...
Tapi akhirnya selepas lebih setengah jam kami masih tak dilayan azah semakin hilang sabar..
Huhuhuhu...
Akhirnya azah menurutkan saja permintaan adik azah untuk chow ke kedai makan lain..
Nasib baik kedai makan yang satu lagi ni dapat mengubat luka dihati kami berdua..
Semuanya perfect..From top to toe..Perfect!! :P

Azah nak bagi 1 jer tips kat kedai makan bleh tak?Tips untuk mengekalkan bilangan pelanggan..
Hehehe..
Sekurang-kurangnya bagi la 1st impression yang baik agar pelanggan tak lari lepas datang untuk pertama kali..Ok tak??

-TQ-


Teman Bagaikan Keluarga