Pages

Friday, May 18, 2012

Tabahnya Hati Seorang Ibu Ini

Tabahnya hati seorang ibu ini..

Apabila pada usia kandungannya telah mencecah 6 bulan seorang doktor telah mengesahkan kecatatan pada bahagian otak anaknya yang boleh mengakibatkan kematian segera setelah bayi tersebut dilahirkan..

Tabahnya hati seorang ibu ini..

Apabila doktor menyuruhnya membuat pilihan samada mahu meneruskan kandungannya atau pun 'dihentikan' setakat itu..

Tabahnya hati seorang ibu ini..

Apabila dia menetapkan hati ingin meneruskan kandungannya walaupun masa kelahiran bayi yang masih berbaki 3 bulan memerlukan kekuatan hati yang sangat tinggi untuk menempuhinya,,

Tabahnya hati seorang ibu ini..

Apabila kelahiran bayi yang seharusnya disambut dengan penuh kegembiraan disambut dengan wajah yang pasrah dengan ketentuan-Nya..

Tabahnya hati seorang ibu ini..

Apabila mengetahui anaknya yang telah dikandungkan selama 9 bulan itu telah pergi selamanya setelah berusia sehari..

Tabahnya hati seorang ibu ini..

Apabila seorang doktor bertanyakan kenapa dia nekad mahu meneruskan kandungannya sedangkan dia tahu apa yang akan terjadi..

Tabahnya hati seorang ibu ini..

Apabila dengan hati yang penuh sebak, perlahan dan tenang dia menjawab "saya hanya ingin dia merasakan kehidupan di dunia ini walaupun hanya sekejap"




No comments:

Teman Bagaikan Keluarga