Pages

Thursday, May 3, 2012

Nurse takut Suntikan


Selamat malam kawan-kawan.. Nak share sikit nih...

Semalam kan..semua staff hospital di arahkan untuk pergi mendapatkan suntikan vaksin untuk measles (campak). Kalau ikut hati memang azah tak nak pergi. Tapi oleh kerana suntikan tu wajib di terima oleh semua staff yang tak ada sebarang halangan contohnya macam alergik telur ke.. jadi azah terpaksa pergi juga.Itu pun setelah amaran di keluarkan oleh pihak atasan pagi tadi.Hehehe..

Bukan apa azah tak nak disuntik. Sakit tu..Hehehe..

Walaupun sebagai seorang jururawat salah satu tugasan kami adalah menyuntik pesakit..siap bagitau pesakit yang suntikan tu tak menyakitkan sangat dan sakitnya hanya rasa sekejap jer.Memang betul pun semua tu kan. Tapi yang menjadikan azah takut disuntik bukan apa. Jarum tu haa.. Azah tau jarum dia kecil jer pon.. Tapi tajam..ahahaha.. Kalau untuk dicucuk kat bahagian badan kita ni..adohh.. Tak dapat nak dibayangkan dengan kata-kata..

Siap azah tanya dengan kawan azah "Kalau alergik suntikan boleh tak kalau tak disuntik?"

Ahahaha..lucu..Jururawat pon takut dengan suntikan kan..

Jururawat pon manusia la der.Boleh rasa sakit.hehe..

Tapi jangan la dengan kata-kata azah ni korang terus takut nak dapatkan suntikan sekiranya perlu ok..

No comments:

Teman Bagaikan Keluarga