Pages

Saturday, October 29, 2011

Bila Lelaki Beli Pampers


Meh sini azah nak citer sikit kat para2 lelaki yang dah kawen n tak lama lagi nak ada anak..
Yang belum kawen pon bleh join dengar..
Azah ok jer..Hehehe..

Citer ni bukan nak malukan sesiapa tapi sekadar nak suruh mat2 romeo yang ada kat luar tu lebih alert dengan realiti bila tiba saat bakal jadi seorang ayah..


Macam ni citer dia..

Setiap ibu bapa yang datang melawat anak dia kat wad nursery terutama untuk kali pertama, kami akan pesan pada mereka supaya bawak pampers untuk baby diaorang..
Kat wad cuma ada napkin..cepat basah n bocor..memang kurang sesuai sangat la terutama untuk baby yang tak cukup bulan coz diorang cepat sejuk..
Ada seorang ayah ni...Azah suruh dia bawak pampers untuk anak dia  bila dia datang untuk next visit..tapi oleh kerana terlalu excited, dia terus pergi beli masa tu jugak.Tak lama lepas tu dia datang balik bawak sebuah bungkusan yang besar..pampers la tu..
Wahh..jarang mak bapak baby datang bawak bungkusan pampers yang besar.Bagusnya bapak baby ni..
Ayat tu la yang terdetik dalam hati azah waktu tu.
Bila sampai masa untuk tukar pampers anak dia,kawan azah bukak la bungkusan pampers tadi.Dia terkejut sangat bila pampers yang dikeluarkan tadi adalah pampers untuk orang dewasa..hehehe..
Besar tuuuuu...
Boleh balut baby guna pampers tu..hehehe..gurau jer..


Bila bapak baby tu datang lagi petang tu azah bagitau la tentang kesilapan dia dengan cara yang baik supaya dia tak berkecil hati..Cek2 dia plak yang ketawa besar..Azah apa lagi..Tumpang ketawa la..Ahahaha...
Lepas tu dia terus keluar n datang balik dengan bungkusan kecik iaitu pampers baby sambil tersipu2 malu..kehkehkeh..Azah senyum jer..


So,untuk bakal2 ayah kat luar tu harap2 akan jadi alert tentang hal2 remeh ni k..
Berguna untuk masa depan!!

Good Luck!!

Thursday, October 27, 2011

Doa dimakbulkan

Thanks pada kengkawan yang dah baca entry  tolong doakan yang azah post pagi tadi..
Ni la hasilnya..
Pukul 2:30pm tadi bestfriend azah tu send mesej ni ngan azah..
Da bapak ku bukak mata tek zah..tapi x lamak.. (Ni dalam bahasa sarawak)
 Bapak aku ada bukak mata tadi zah..tapi tak lama.. (bahasa ni mustahil korang tak faham..he3 )
Alhamdulillah..
Azah harap akan ada lebih banyak perkembangan positif dari ayah dia..
Malam ni sebelum start kerja azah nak pergi menziarah ayah dia dulu...
Mungkin azah tak dapat buat apa2..
Tapi sekurang-kurangnya azah nak bagi sokongan emosi pada dia..
Teruskan berdoa yer kengkawan..
Semoga Allah memakbulkan doa hambanya yang ikhlas..
Amin..
-TQ- 

Tolong Doakan


Semalam azah terima 1 mesej dari bestfriend azah..
Ayah dia masuk wad lepas pengsan pada tengahmalam sebelumnya..
Sampai sekarang belum sedar2 lagi..
Tegahari tu azah terus pergi ke hospital..
Azah dapat tau dia kena serangan stroke yang ke 2..
Masa kat hospital azah sempat jugak dengar doktor bagi penjelasan..
Doktor cakap serangan stroke yang pertama dah merosakkan sebelah otak dia..
Serangan yang ke 2 ni plak dah merosakkan sebelah lagi bahagian otak dia..
Harapan untuk sedar dari koma terlalu tipis..
Kalau dia sedar pun mungkin keseluruhan kehidupan dia akan berubah..
Secara ringkasnya doktor cakap kehidupan dia akan jadi macam baby balik..
Semua pun perlu dijaga..
Makan pakai..Berak kencing..Semua nak kena bantuan..
Semuanya kembali kepada asal..
Macam bayi yang baru lahir..

Masa dengar seluruh penjelasan yang doktor bagi pada kami..
Dada azah dah mula terasa sebak,air mata pun dah mula bergenang..
Terasa sayu dan pilu plak..
Terbayang wajah mak ayah sejenak..
Bestfriend azah lagi la..dah mengalir2 air mata..

Yang buatkan azah lebih terasa pilu bila bestfriend azah tu bagitau yang dia tak kisah sama sekali kalau perlu jaga ayah dia macam jaga baby..makan minum disuap..kencing berak  dibasuh..asalkan ayah dia sedar daripada koma..Dan kembali ke pangkuan keluarga..Dia ucapkan kata2 tu sambil mengalir air mata..

Azah betul2 rasa sebak dengar apa yang dia cakap sampaikan azah tak dapat nak jawab kata2 dia..Terlalu sebak azah rasakan..
Tentu dia rasa terkejut dengan kejadian ni..Ayah dia yang bleh dikatakan dah sihat daripada serangan stroke pertama tiba2 terkena serangan stroke yang ke2..

Setiap penyakit tak pernah bagitau bila dia nak serang..Semuanya mengejut..Di tengah2 keluarga yang sedang bergembira bahagia tiba2 diuji dengan perkara yang sebegini..
Ujian Allah akan datang bila2 masa yang dikehendaki..
Tanpa pengetahuan sesiapa..

Pada kengkawan yang baca entry azah ni tolonglah doakan kesihatan ayah bestfriend azah tu yer..
Makin ramai yang doa makin bagus..
Sebab  kita tak tahu doa siapa yang akan dimakbulkan oleh Allah s.w.t

-TQ-


Wednesday, October 19, 2011

Perempuan dan Kereta


Entah kenapa tiba2 aku rasa nak cuci kereta plak malam ni..
Sebenarnya ingatkan pagi esok baru nak basuh kereta cOz esok aku day off.
Adik aku pun nak jugak join basuh kereta,
So,makin semangat la aku dibuatnya..

Kami pergi beli wax kereta coz dah habis dah..
Then terus start cuci kereta..
Enjoy gak cuci kereta malam2..Tak panas..Berpeluh pun tak..

Masa ni adik azah tengah wax kereta

Then azah terfikir nak cuci filter aircond yang tak pernah disentuh sejak kereta ni dibeli..
Dah setahun lebih dah tu!! Huhuhu..Kalau adik azah tak bagitau yang filter tu bleh dicuci sampai bila2 pon azah tak tahu..keh3..

Ni la filter tu..


Memang kotor giler la kain lap filter ni..
Malu azah tengok..
Kalau la azah tahu awal2 yang filter ni bleh dicuci kan bagus..
Ni la masalahnya kalau empunya kereta adalah seorang perempuan...
Jarang de perempuan yang betul2 tau hal kereta ni lagi2 kat bahagian enjin tu..
Setuju tak??
Hehehe..

Thnx tu my sis for da info..

Monday, October 17, 2011

Tips Sayur Tahan Lama dan Segar.

Petang tadi azah dan mak sama-sama memasak kat dapur.
Masak mee goreng sambil sembang-sembang kosong..Untuk Orang yang kononnya selalu buzy macam aku ni, saat macam ni adalah peluang untuk bersosial dgn keluarga..

Kami gunakan sayur sawi untuk dicampur dalam mee goreng tadi..
Masa tu la mak baru teringat yang dia ada simpan sayur sawi kat dalam tupperware..
Dia terkejut tengok sayur yang dia simpan tu masih segar bugar..
Bukan apa..Selama ni kalau simpan dalam plastik or kertas surat khabar atau letak cam tu jer dalam peti ais, lepas 1 atau 2 hari dah mula layu.
Tapi kali ni tak...
Cuba tengok ni..




Masih segar tak? Segar.. 
Jadi tak payah la esok nak guna sayur, esok jugak la nak sibuk pegi beli kan...
Dah boleh beli awal- awal tak payah tunggu esok. 
Mungkin ada yang dah tau tips ni. Lagi- lagi geng tupperware.

Kepada sesiapa yang belum tau bleh la cuba yer.
Kalau ada tips menarik jangan lupa share dengan azah yer. Nak jugak tau 🤭





Teman Bagaikan Keluarga