Pages

Wednesday, September 28, 2011

Jadilah seorang lelaki yang berbuat baik sehingga diingini oleh wanita



Salah 1 dialog dalam sinetron Ketika Cinta Bertasbih

"Janganlah jadi seorang lelaki yang berbuat baik kerana menginginkan wanita.."
"..Sebaliknya jadilah seorang lelaki yang berbuat baik sehingga diingini oleh wanita"

Jom tengok citer yang best sangat2 ni..

Banyak tauladan yang boleh diperolehi..


Selamat Menonton..


Tuesday, September 27, 2011

Wanita makin Terancam

SALAM

Nak citer 1 hal ngan korang..

Tadi kan..tyme tengah sibuk2 keje..Tetiba telefon wad berbunyi..
Oleh kerana aku orang yang paling dekat dengan telefon jadi aku la yang angkat..
Suara org laki..ingatkan doktor ke sapa ke..
Bila dia tanya ni siapa..Secara officialnya aku bagitau la nama aku..Lagipun soalan tu memang biasa di tanya oleh si  penelefon..
Tiba2 dia tanya macam mana nak kirim barang kat wad aku..Jadi,dengan berfikiran positif aku ingatkan si penelefon tu bapa baby yang nak hantar pampers or susu ibu untuk anak dia.
Rupa2nya barang yang  dia nak hantar tu adalah tudung.
Pastu dia suruh plak aku pergi kat rumah dia untuk ambik tudung tu.
Aku mula berasa pelik.

Bila ditanya siapa dia sebenarnya, dia cakap dia dari bank ******. Dia dan kakak dia baru jer datang dari KL dan berniat nak sedekah tudung pada aku dan mak aku.
Aku pun terfikir.. Takkan la nak sedekah pun perlu carik orang sampai ke hospital...Orang kiri kanan kan ramai...Sedekah jer la..

Bila aku suarakan isi fikiran aku tadi dia seperti mencari2 alasan dan sengaja mengubah topik.
Dia masih lagi paksa aku bagi alamat hospital supaya dia dapat kirim melalui post laju..
Bila aku fikir2 lagi..bagus aku bagi jer la alamat hospital..Semua orang pun tahu alamat hospital..Bukan rahsia pun..

Aku pun suruh la dia tulis alamat yang aku akan bagi..
Tetiba plak dia cakap dia takde pen la..takde kertas la..Dah tu apahal pandai2 nak mintak kalau nak tulis pun tak dapat..
Hati aku dah semakin panas..

Dia mula mintak nombor telefon aku..dia nak aku mesej dia alamat hospital..
Huh..takde la aku mudah sangat nak bagi nombor telefon aku kat orang yang aku tak kenal pun..

Oleh kerana aku berkeras tak nak bagi nombor telefon. Dia suruh aku tulis nombor telefon dia..
Aku pun berpura2 seakan2 aku sedang menulis nombor telefon dia..
Dia suruh aku mesej dia secepat mungkin tentang alamat hospital..

then terus aku letak telefon..

Tak sangka plak dia akan telefon sekali lagi ke wad aku..
Kali ni kawan aku plak yang angkat...
Dia bagitau ada orang laki carik aku..
Aku terus suruh kawan aku tu bagitau kat orang tu yang aku dah balik..
Takde masa aku nak melayan..
Dah la orang tengah kerja dia kacau..

Kalau betul pun apa yang orang laki tu cakap..
Takkan la sampai tahap memaksa orang untuk terima sedekah..
Pelik sangat2..

Aku tak pasti la apa niat dia yang sebenarnya..
Tapi aku nak bagi peringatan pada wanita2 kat luar tu..
Pandai2 la jaga diri korang k..
Lagi2 daripada orang yang tak dikenali..
Kerana kaum wanita sekarang dah makin terancam..


And terima kasih juga pada lelaki2 yang selalu melindungi kami..
Jasa korang amat dihargai..


Sekian..

P/S: adik aku tak jadi bawak laptop aku pegi asrama.. :)

Thursday, September 22, 2011

Kalau Binatang Ada FB


Status ni aku share dari kawan fb aku
Saje nak share ngan korang

Kalau binatang ada fb la kan..

Korang rasa apa status yang akan diorang update kat wallpost?



Cicak: Alamak, isteriku tersepit pintu!

Kucing: Anak I yang ke 5 baru jer tanya I sapa bapak dia. I tak tau nak jawab apa. I pun lupa sapa bapak dia.

Nyamuk: Baru lepas ronda rumah ajoi.Kenyang Ooi..Alhamdulillah..

Ayam: Kawan2, kalau aku tak update status esok maknanya aku dah d goreng.Love u all.Jangan lupa buat kenduri arwah k.



SMILE

Tuesday, September 20, 2011

Untungnya aku sebagai.....

Salam..

Entry kali ni aku nak kongsi tentang betapa untungnya adik aku yang sorang ni..


Bukannya apa aku cakap dia untung..
Baru petang tadi dia kol aku dari sekolah asrama dia..
Dia cakap esok dia ngan kengkawan dia nak pegi buat passport..
Bila aku tanya kenapa..
Jawapan dia sangat simple..
"Kami nak pergi Australia"

Wah wah wah..

Melawan betul adik aku yang sorang ni..

Hanya berbekalkan bakat dia sebagai pemain basketball..


Dia dah pegi merantau jauh..
Aku terasa tercabar..
Tapi tak dapat nak buat apa pun..
Ahahaha..

Tahun lepas pun dia dah pegi bertanding kat beberapa buah negeri di semenanjung..
Sekarang nak pegi Australia plak..
Ish ish ish ish ish..
Aku jealous ke ni???

Ahahaha..

Memang patut jealous pon..
Sebab geng netball aku tak pernah pun sampai tahap macam tu.. :P

Diorang punya team basketball sampai masuk news eh..


de lagi dorang masuk news lain tapi aku malas nak g bergoogle hal tu..
Hehehe..

nak tau info lebih hal tu? klik kat sini

Tapi aku kira untung jugak la kan..
Dapat mintak souvenir dari dia nanti..
Aku nak fikir la apa benda yang aku nak dari dia..
Hehehehe..

Itu la untungnya jadi kakak dia..


Monday, September 19, 2011

Menabung 30sen sejak 1950

Salam

Awal2 pagi kalau aku pergi kerja aku suka pasang Radio Hot Fm..
Coz masa tu banyak info yang best2 dan menarik..

Pagi tadi Am Krew Hot Fm bagi aku 1 info yang membuatkan aku rasa kagum..

Ada sorang pak cik ni..Mail Ibrahim,77 tahun bekerja sebagai seorang kelasi..
Dia ni dah mula mengumpul RM0.30sen sejak dari tahun 1950 dengan niat untuk menunaikan fardhu haji pada suatu hari nanti..

Maknanya dia dah mengumpul duit tersebut selama 61 tahun..

Alhamdulillah berkat usaha dan doa dia tahun ni Insha Allah dia akan pergi menunaikan haji..

Betol2 kagum..jOm follow dia!!






Teman Bagaikan Keluarga