"Engkau Bila Lagi?"
Soalan yang sememangnya sering ku dengar..
Lagi-lagi setelah umur menigkat tua..
Tua sangat ke aku ni?Huhuhuhu..
Mak ayah sampai ingatkan aku sampai lupa dengan masa depan sendiri..
Kononnya aku ni tak risau pun dengan semua tu..
Mustahil lah!!
Takkan la aku tak risau..
Risau ni..
Tapi takkan la kerana hal tu aku nak bermuram durja..
Huhuhuhuhuhuhuhuhuhuhu...
Jodoh..
Dengar macam mudah jer..
Tapi perkara ni bukan mudah bagi aku..
Awal pagi semalam kira-kira pukul 4 pagi aku menerima 1 kes dari bilik bersalin. Ada seorang baby yang terus ditolak masuk ke Neonatal Intensive Care Unit(NICU) untuk mendapatkan bantuan pernafasan dengan segera. Aku yang ditugaskan di kaunter pendaftaran pada waktu itu terkejut apabila mendapati nama pada baby card tersebut adalah nama kawan sekolah aku sendiri (Kat wad nursery sume baby pakai nama mak dia cth: Infant of Azah). Inilah pertama kali aku menerima kes berkaitan dengan kawan aku sendiri. Aku beritahu rakan sekerja aku bahawa baby tersebut adalah anak kawan aku sendiri. Tahu tak apa ayat pertama yang diucapkan oleh rakan sekerja aku tu?Tak lain da tak bukan....
:"Engkau Bila Lagi?"
-Im speachless-
Allah ta’ala sudah berfirman bahawa ketika mana kita berusia 6 bulan di dalam rahim ibu kita sudah ditetapkan kepada kita 3 perkara yakni persoalan ajal maut,rezeki dan akhir sekali jodoh
Walau macam mana sekalipun, aku percaya..Ketetapan Allah S.W.T adalah yang terbaik..