Pages

Saturday, November 28, 2015

Teman Bagaikan Keluarga



Bila duduk berjauhan dari keluarga terutama jauh dari tanah air Malaysia tercinta teman-temanlah yang menjadi pengganti sebahagian peranan keluarga. Merekalah tempat menumpang kasih dan bahu merekalah tempat bersandar tatkala kesedihan dan kesayuan rindukan keluarga.


Masa bekerja memang sibuk memanjang,mengeluh letih. Tapi bila tiba masa rehat segalanya hilang seketika 'enjoy every little things'

Kalau ikut bukan senang nak arrange masa untuk keluar makan sama-sama sebab waktu bekerja yang tak serupa. Selalu jer cancel plan sebab off day pun dah macam on call. Bila-bila orang boleh panggil turun kerja.So, bila dah dapat masa yang ngam memang seronok sangat luangkan masa bersama.

Tak susah nak enjoy. Duduk rumah buat kerja gila-gila macam ni pun macam rasa pergi tengok sarkas.Hahahaha.

Sebab tu la bila tiba masa untuk berpisah hati ni terasa jugalah sayunya. Hati dah niat nak resign dari sini tahun depan. Dua tahun dah kat tanah Jeddah ni.Tak sambung kontrak dah. Bukan sebab kerja yang banyak tekanan dan tanggungjawab. Part tu dah biasa dah.Aiseh..hihi.. Tapi cukuplah merantau setakat ni jer. Keluarga tetap yang pertama. Azah pergi merantau ke sini sebab keluarga. Keluarga juga la penyebab azah tak nak teruskan.Inshaallah cukup dah apa yang ada dan apa yang azah dah buat. Lepas ni nak bagi ruang untuk fikir tentang diri sendiri pulak tanpa mengabaikan keluarga.Inshaallah, segalanya sudah ditentukan oleh-Nya

Sunday, November 2, 2014

Kecilnya diri dihadapan Kaabah

Bila dah berpeluang berdiri di hadapan Kaabah terasa rendahnya diri ini..
Sampaikan bila berdoa..dalam hati terdetik samada Allah makbulkan doa hambanya yg sangat hina ini atau tidak..
Samada Allah ampunkan tak dosa-dosa hambanya yg tinggi menggunung ni atau tidak..
Sesungguhnya aku hambaNya yang terlalu leka dengan kehidupan duniawi..
Pimpinlah aku ke jalanMu Ya Allah..



Tuesday, September 16, 2014

Jodoh Itu Rahsia Allah

      Jodoh itu rahsia Allah.Semua orang pun macam dah terbiasa dengar ayat tu kan. Tapi bila didalami maksudnya memang amat memberi makna.
      Orang cakap berapa lama pun kita berpasangan dengan seseorang tu kalau dah dia bukan jodoh kita bermakna kita cuma membuang masa yang berlalu begitu sahaja.Tak sepatutnya kita berfikiran macam tu.Kita perlu redha dan ikhlaskan hati walaupun sebenarnya untuk melaksanakannya begitu susah sekali.Hanya yang mengalami perkara ini yang tahu bagaimana rasanya.Bercinta 5 tahun tetapi berakhir dengan tidak disangka-sangka. Bila difikirkan semula semua tu berlaku atas kehendakNya. Cuba analisis balik apa yang berlaku dalam masa 5 tahun tu. Banyak sebenarnya hikmah yang terselit di celah-celahnya.Kan?
    Ramai juga yang sering bermain dengan ayat ni 'kalau ada jodoh ada la' jangan pula bila ayat tu dah ditetapkan dalam kepala kita ni maknanya kita boleh terus buat endah tak endah dengan perhubungan yang telah pun di bina.Tak ada usaha langsung untuk memperjuangkan sesebuah hubungan.Perhubungan itu sendiri sudah menjadi satu tanggungjawab sebenarnya. Bukan tanggungjawab macam suami isteri tu tapi maksudnya tanggungjawab untuk berlaku jujur, saling percaya dan hanya setia pada yang satu.
     Apa yang penting bila dah memulakan sesuatu hubungan jangan dipermudahkan hubungan tersebut.Maksudnya dalam kepala dah awal-awal tetapkan 'aku macam tak yakin jer dia ni boleh jadi suri rumah tangga aku.Tak apalah kalau jumpa yang lebih bagus nanti aku tinggalkanlah dia ni'.Itu salah.Haram membina sesuatu hubungan sekiranya kita tiada niat untuk bernikah dengan dia. Jadi jangan ambil mudah bila dah jadikan seseorang tu sebagai kekasih.
      Jodoh sentiasa akan menjadi rahsia Allah s.wt. Yang pasti segalanya telah diatur dengan baik sekali olehNya. Yakini segalanya dan jangan pernah putus harapan dan keyakinan apatah lagi dengan diri sendiri.Patah hati mungkin sakit. Tetapi InshAllah Dia tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.
 ~InshaAllah dengan izinNya~

Monday, September 1, 2014

Cabaran Hidup

Hari ni Alhamdulillah azah dah lulus kursus NRP. Perasaan gembira tu memang ada.Lagi-lagi kursus ni adalah kursus paling penting bagi kami yang bekerja di wad NICU. Tapi dalam masa yang sama perasaan takut, cemas dan bimbang menyelubungi diri. Sebab dalam masa yang sama azah tahu tanggungjawab dan dugaan yang akan mara menjadi lebih besar berbanding hari-hari sebelumnya. Tekanan juga bertambah. Mungkin ada yang tak faham dengan situasi macam ni. Susah nak diterangkan. Yang pasti satu lagi lembaran cabaran hidup akan bermula selepas ni. Tapi nak kena yakinkan diri yang semua tu dugaan Allah untuk hamba-hamba yang disayangiNya dan semestinya Dia tidak akan menduga melebihi dari kemampuan hambaNya. Itulah antara kata-kata motivasi yang selalu muncul kat kepala ni.
Setiap orang ada dugaan masing-masing. Hadapilah apa yang ada dihadapan anda sebaik mungkin dengan tenang. Kita tak tahu apa yang bakal berlaku esok. Tapi buatlah sebaik mungkin untuk hari ini. Mungkin selepas tu akan wujud sebuah kemanisan.Siapa tahu..


~InshaAllah dengan izin Allah~

Monday, June 23, 2014

Jeddah-Malaysia


Assalammualaikum w.t.b

Wahhhhh...Dush dush dush! Banyaknya sawang kat blog ni..hahaha..
Salah siapa? Jangan salahkan saya..Hihihi..

Akhirnya hari ini tiba jua. Dah hampir 3 bulan azah dan rakan-rakan menjejakkan kaki di Jeddah, Saudi Arabia. Banyak pengalaman manis dan pahit yang dah di alami sepanjang tempoh disini. Kalau ikutkan hati nak jer azah ceritakan satu demi satu tapi ada plak yang mengantuk bila baca entry kali ni nanti. Hahaha. Jadi, tak perlu la rasanya kan.
Cuma apa yang azah nak tekankan kat sini ialah azah bangga jadi orang Malaysia! Kalau berjalan ke mana-mana dan ada yang bertanya asal negara mesti diorang akan memuji Malaysia dengan perkataan "Good" sambil tersengih-sengih.Kadang-kadang bagi isyarat tangan 'thumbs up'. Siap ada juga yang sebut senarai nama pemimpin-pemimpin Malaysia dari dahulu hinggalah yang sekarang.Tapi tak kurang juga yang bertanyakan tentang isu hangat sekarang ni iaitu berkaitan MH370.
Apa-apa pun dan walau di mana pun azah berada, Malaysia tetap di hati. Rasa rindu terhadap keluarga, mak ayah dan adik-beradik amatlah kuat. Tapi azah tabahkan hati demi mereka.
Sekian sahaja entry azah kali ni. Miss you!

Teman Bagaikan Keluarga