Pages

Tuesday, September 27, 2011

Wanita makin Terancam

SALAM

Nak citer 1 hal ngan korang..

Tadi kan..tyme tengah sibuk2 keje..Tetiba telefon wad berbunyi..
Oleh kerana aku orang yang paling dekat dengan telefon jadi aku la yang angkat..
Suara org laki..ingatkan doktor ke sapa ke..
Bila dia tanya ni siapa..Secara officialnya aku bagitau la nama aku..Lagipun soalan tu memang biasa di tanya oleh si  penelefon..
Tiba2 dia tanya macam mana nak kirim barang kat wad aku..Jadi,dengan berfikiran positif aku ingatkan si penelefon tu bapa baby yang nak hantar pampers or susu ibu untuk anak dia.
Rupa2nya barang yang  dia nak hantar tu adalah tudung.
Pastu dia suruh plak aku pergi kat rumah dia untuk ambik tudung tu.
Aku mula berasa pelik.

Bila ditanya siapa dia sebenarnya, dia cakap dia dari bank ******. Dia dan kakak dia baru jer datang dari KL dan berniat nak sedekah tudung pada aku dan mak aku.
Aku pun terfikir.. Takkan la nak sedekah pun perlu carik orang sampai ke hospital...Orang kiri kanan kan ramai...Sedekah jer la..

Bila aku suarakan isi fikiran aku tadi dia seperti mencari2 alasan dan sengaja mengubah topik.
Dia masih lagi paksa aku bagi alamat hospital supaya dia dapat kirim melalui post laju..
Bila aku fikir2 lagi..bagus aku bagi jer la alamat hospital..Semua orang pun tahu alamat hospital..Bukan rahsia pun..

Aku pun suruh la dia tulis alamat yang aku akan bagi..
Tetiba plak dia cakap dia takde pen la..takde kertas la..Dah tu apahal pandai2 nak mintak kalau nak tulis pun tak dapat..
Hati aku dah semakin panas..

Dia mula mintak nombor telefon aku..dia nak aku mesej dia alamat hospital..
Huh..takde la aku mudah sangat nak bagi nombor telefon aku kat orang yang aku tak kenal pun..

Oleh kerana aku berkeras tak nak bagi nombor telefon. Dia suruh aku tulis nombor telefon dia..
Aku pun berpura2 seakan2 aku sedang menulis nombor telefon dia..
Dia suruh aku mesej dia secepat mungkin tentang alamat hospital..

then terus aku letak telefon..

Tak sangka plak dia akan telefon sekali lagi ke wad aku..
Kali ni kawan aku plak yang angkat...
Dia bagitau ada orang laki carik aku..
Aku terus suruh kawan aku tu bagitau kat orang tu yang aku dah balik..
Takde masa aku nak melayan..
Dah la orang tengah kerja dia kacau..

Kalau betul pun apa yang orang laki tu cakap..
Takkan la sampai tahap memaksa orang untuk terima sedekah..
Pelik sangat2..

Aku tak pasti la apa niat dia yang sebenarnya..
Tapi aku nak bagi peringatan pada wanita2 kat luar tu..
Pandai2 la jaga diri korang k..
Lagi2 daripada orang yang tak dikenali..
Kerana kaum wanita sekarang dah makin terancam..


And terima kasih juga pada lelaki2 yang selalu melindungi kami..
Jasa korang amat dihargai..


Sekian..

P/S: adik aku tak jadi bawak laptop aku pegi asrama.. :)

2 comments:

Kongsi Apa2 Aje said...

salam perkenalan
sudah 4low kamu...4low kongsi balik yer

urm..ada jgk k kes cmtu. ntah apa mksd dia bt cmtu kan. tapi apa2 pun kaum wanita ni kena selalu jaga2. jaga diri kamu tu elok2..tapi lelaki bkn semua jht. admin pun org laki gak (^_^)

nak kongsi entry. sila paste link entry di sini. pihak kongsi akan tolong promote kan
http://kongsi-apa2-aje.blogspot.com/p/berkongsi-disini.html

mekasih (^_^)

azah sofi said...

thnx..t azah jg diri bebaik..mmg x sume laki jahat..thnx kpda yg baik2 kat kami.. :)

Teman Bagaikan Keluarga